Now Reading
“Sangat Selesa” – Lelaki Ini Kongsi Kisah Tinggal Dalam Kereta Akibat Kekangan Duit

“Sangat Selesa” – Lelaki Ini Kongsi Kisah Tinggal Dalam Kereta Akibat Kekangan Duit

Lelaki itu berkata dia meletakkan keretanya berhampiran dengan tempat kerja dan membersihkan diri di tandas pejabat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti semua sedia maklum, menyimpan duit bagi menampung kos sara hidup adalah penting bagi setiap golongan dewasa.

Ramai di kalangan masyarakat melakukan kerja sambilan untuk menjana pendapatan tambahan untuk membiayai perbelanjaan harian.

Baca Artikel Berikaitan: Gaji Kerja Waktu Pejabat Tak Cukup, Rakyat Terpaksa Jana Pendapatan ‘Extra’ Untuk Sara Diri

Malah, segelintir individu di luar sana juga tidak menyewa mana-mana tempat tinggal yang selesa kerana mahu berjimat dan menambah simpanan.


Lelaki Tinggal Dalam Kereta Akibat Kesempitan Hidup

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@inreallifemalaysia), apabila seorang lelaki berkongsi keadaan kehidupan yang dilaluinya pada ketika ini.

Jelas lelaki tersebut, akibat kekangan masa dan duit, dia membuat keputusan untuk menetap dalam kereta miliknya bagi mengurangkan kos sara hidup sekaligus menambah tabungan.

Tambah individu berkenaan, dia terinspirasi dengan idea seorang pemuda sebelum ini, dia mana dia turut menggunakan keretanya sebagai tempat tinggal.

Sumber: TikTok (@inreallifemalaysia)

Baca Artikel Berikaitan: Pernah Hidup Mewah, Kini Tinggal Dalam Kereta Kerana Tanggung Hutang RM1 Juta [Video]

Baca Artikel Berikaitan: Ariff Peter Lega, Kesemua Hutang RM1 Juta Berjaya Diselesaikan


Guna Tempat Duduk Belakang Sebagai Tempat Tidur

Sebagai alas tempat tidur, lelaki itu menurunkan tempat duduk belakang ke bawah selain meletakkan kotak ais di sekelilingnya untuk berasa lebih sejuk dalam cuaca yang panas.

Jika anda lihat sendiri daripada klip video itu, kelihatan beberapa kipas mini, lampu dan sebagainya di dalam kereta berkenaan.

Walaupun dengan ketinggian mencecah 177 cm, namun dia masih muat dalam kereta yang kelihatan sempit itu.


Meluangkan Masa Di Pejabat & Pulang Ke Kereta Pada Waktu Malam

Lelaki tersebut dalam masa sama berkongsi rutin hariannya di mana dia tidak menghabiskan banyak masa dalam kereta.

Selepas habis waktu kerja, dia akan meluangkan masa di pejabat untuk bermain permainan video, keluar mencari makan lalu pergi ke gim.

Kemudian, dia akan pulang ke kereta yang diparkir berhampiran dengan tempat kerjanya lebih kurang jam 10 ke 11 malam. Sejurus bangun pagi, dia akan menuju ke tandas pejabat untuk bersiap dan membersihkan diri.

@inreallifemalaysia

Ever wonder how to use the restroom when u live in a car? 🚽🧻

♬ Edit Phonk (Slowed) – Bgnzinho

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Lelaki Tinggal Dalam Kereta

Menjengah ke ruangan komen, ramai di kalangan netizen memuji tindakan lelaki tersebut kerana sanggup tinggal di dalam kereta walaupun dalam keadaan cuaca panas di Malaysia ini.

“Tidak praktikal dengan bahang Malaysia. Salute dekat kau sebab bertahan macam ni (tinggal dalam kereta),” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga yang berkongsi pengalaman sama di mana mereka jadikan kereta masing-masing sebagai tempat tinggal.

“Saya sukakannya. Pergi masjid jemaah setiap subuh dan isyak. Lepas itu, pergi kerja, balik pergi ke dobi cuci baju dan sambung solat di masjid,” ujar seorang individu.

Sementara itu, ramai juga yang bersetuju bahawa inisiatif tinggal di dalam kereta mampu mengurangkan kos perbelanjaan yang harus ditanggung.

“Dekat Kuala Lumpur tu banyak je tidur merata nak jimat duit. Ni kira baik la tidur dalam kereta. Jimat daripada (bayar) sewa bilik, baik kumpul duit tu,” jelas seorang warganet.

Sumber: TikTok (@inreallifemalaysia)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd