Now Reading
Ini Aksesori Kereta Anda Perlu Elak, Boleh Bahayakan Keselamatan Diri

Ini Aksesori Kereta Anda Perlu Elak, Boleh Bahayakan Keselamatan Diri

Sesetengah aksesori yang dipasang di dalam kereta tidak memberi fungsi praktikal kepada pemandu.

aksesori kereta yang perlu dielakkan (4)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi sesetengah individu, kereta adalah harta peribadi mereka yang perlu dihiasi dengan cantik kerana ia digunakan hampir setiap hari untuk bergerak ke merata tempat.

Sebelum ini, penangan filem Barbie telah menyebabkan ramai pemandu wanita memasang pelekat Barbie berwarna merah jambu di luar kereta mereka.

Walaupun ia kelihatan cantik, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa perhiasan yang dipasang pada kereta anda boleh meningkatkan risiko keselamatan diri.


4 Jenis Perhiasan Kereta Yang Perlu Dielakkan

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok (@wapcar_adrian), lelaki ini berkongsi beberapa jenis aksesori kereta yang perlu dielakkan dari dipasang di dalam kereta anda.

Antaranya:

#1. Karpet Pelapik Kaki Yang Tidak Mengikut Saiz Tepat

Sumber: Maskulin/ TikTok @wapcar_adrian

Karpet yang dijadikan sebagai pelapik di bahagian kaki boleh mendatangkan bahaya jika ia dipasang tanpa mengikut saiz yang betul.

Ini kerana potongan yang tidak tepat mengikut saiz boleh menyebabkan brek tersangkut dan mengakibatkan kereta tidak dapat diberhentikan dengan cara yang selamat.

Bayangkan jika anda perlu menekan brek sewaktu kecemasan?

#2. Penutup Pemuka (Dashboard Cover)

Sumber: TikTok @wapcar_adrian

Sesetengah pemandu gemar meletakkan perhiasan seperti kereta mini dan patung kecil di bahagian dashboard serta pelapik untuk membuatkannya kelihatan lebih cantik.

Namun, penutup pemuka yang diletakkan di atas dashboard akan menghalang beg udara (airbag) untuk terbuka dengan sempurna jika terlibat dalam kemalangan jalan raya.

#3. Klip Tali Pinggang Keselamatan

Sumber: Bjak/ TikTok @wapcar_adrian

Penggunaan aksesori klip pada tali pinggang keselamatan adalah sangat bahaya kerana ia tidak mampu untuk menampung berat pemandu.

Bukan itu sahaja, klip berkenaan akan tercabut apabila berlaku hentaman dan lebih merisaukan lagi adalah jika pemandu tercampak dari keluar kereta.

Untuk pengetahuan anda, pihak insurans juga berkemungkinan akan menolak permohonan tuntutan (claim) apabila anda terlibat dalam kemalangan jika mereka terjumpa aksesori klip ini pada tali pinggang keselamatan.

#4. Pelekat Berbatu Pada Stereng

Sumber: TikTok @wapcar_adrian

Pelekat berbatu seperti berlian yang kelihatan berkilat-kilat itu tidak dinafikan boleh menaikkan ‘seri’ pada logo strereng anda.

Tetapi ia sebenarnya boleh mendatangkan risiko keselamatan ketika kemalangan. Ini kerana pelekat berbatu itu akan tercampak merata tempat sewaktu beg udara meletup.

Lebih membimbangkan lagi jika pelekat berbatu itu terkena pada bahagian muka seperti mata atau termasuk ke dalam rongga badan.


Perhiasan-perhiasan kereta di atas tidak memberi sebarang fungsi yang praktikal kepada pemandu.

Jadi, pemandu di luar sana dinasihati untuk tidak meletakkan apa-apa barangan yang boleh mendatangkan risiko semasa berlaku kecemasan atau kemalangan.

Jangan hanya disebabkan mahu dalaman kereta kelihatan cantik, anda sanggup untuk mengabaikan keselamatan diri.

Artikel Berkaitan: Pelekat ‘Barbie’ Mampu Undang Jenayah Buat Pemandu Wanita. Elakkan!

Artikel Berkaitan: Cermin Lampu Brek Terlampau Gelap Jadi Punca Pengguna Jalan Raya Hampir Kemalangan

Sumber: TikTok @wapcar_adrian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd