Cermin Lampu Brek Terlampau Gelap Jadi Punca Pengguna Jalan Raya Hampir Kemalangan
Walaupun cermin lampu brek gelap dikatakan boleh mengurangkan silau, tetapi ia juga menyukarkan pemandu di belakang untuk mengetahui sama ada mereka sedang berhenti atau tidak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sesetengah individu mempunyai hobi untuk mengubah suai kenderaan mereka supaya kelihatan lebih cantik.
Terdapat pengubahsuaian yang kini menjadi trend iaitu menggelapkan lampu brek atau juga dikenali sebagai lampu asap atau smoke lights.
Pengubahsuaian itu boleh dilakukan dengan cara menggunakan cat atau filem berwarna asap pada lampu depan dan belakang kereta.
Walaupun smoke lights itu membantu bagi mengurangkan silau, tetapi ramai yang memasangnya kerana tujuan ingin mencantikkan kenderaan mereka sahaja.
Namun setiap ubah suai yang dilakukan perlulah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Selain itu, pengubahsuaian yang tidak mengikut peraturan berisiko dari segi keselamatan pemandu dan pengguna jalan raya yang lain.
Cermin Lampu Brek Terlalu Gelap Membahayakan Pemandu Di Bahagian Belakang
Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh blogger automotif terkenal, Hezeri Samsuri, dia berkongsi pengalaman bahaya yang dilalui rakannya ketika memandu di belakang sebuah kereta yang telah diubah suai cermin lampu brek miliknya menjadi lebih gelap (smoke lights).
Rakannya itu dikatakan hampir menghentam bahagian belakang kereta tersebut yang sebelum itu sudah dilanggar oleh individu lain kerana lampu brek yang tidak dapat dilihat dengan jelas.
Orang ramai yang tidak biasa melihat ubah suai smoke lights itu turut menunjukkan beberapa contoh lain tentang betapa sukarnya untuk mereka melihat lampu brek yang agak pudar selepas cermin lampu tersebut sudah digelapkan.
Ni satu lagi isu. Kedai kedai skarang spray sampai gelap! Kawan saya nyaris nak cium sebab tak nampak lampu brek dia ni. @PDRMsia kena kerjasama dgn KPDNHEP utk turun tegur kedai kedai ni dan owner owner kereta ni sekali. Nak modi kereta, jgn susahkan pengguna lain la. pic.twitter.com/yyrqTDlvMp
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) January 31, 2023
Pihak JPJ memang benarkan pengguna kenderaan untuk tinted lampu belakang ke? Dahlah gelap, lampu pula samar-samar je. Kalau terlanggar sebab tak perasan lampu brake, salah siapa? pic.twitter.com/YaEWoWoLna
— Amzar 🇲🇾 (@AmzarHakim_) January 26, 2023
Malah ramai yang meluahkan rasa bengang dengan tindakan yang dilakukan oleh pemilik mereka yang membuat pengubahsuaian seperti itu.
Walaupun ubah suai itu kelihatan estetik, netizen telah menasihati pengguna jalan untuk tidak menggelapkan cermin lampu brek kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.
Salah satu benda paling bodoh owner kereta modified … Tinted kan lampu brake, tinted headlight,
— Aidil (@Andy3538) January 31, 2023
Cantik memang cantik.. tapi safety takdak, ubah lah sikap tu sape yg buat, ye betul.. kereta kau duit kau.. tapi jangan menyusahkan orang lain la sial
Malah ada juga hampir terlibat dalam kemalangan kerana tidak dapat melihat dengan jelas lampu signal yang diberikan.
Aku pernah nk accident. Stay kt line moto belah kiri tapi tak perasan kete depan signal. Sbb gelap sgt tinted lampu. Padahal masa tu tgh panas terik
— yujiro hanma (@emranmohd_) January 31, 2023
Aku pon hampir² nak sondol orang hari tu atas plus, kereta lampu belakang gelap mcm ni la. Siang memang tak nampak, dah dekat baru nampak. Nasib la brek makan, da lah bawak family.
— Wak Saif 🇲🇾🇮🇩🇰🇭 (@roku_shikii) January 31, 2023
Memang perangai asdfghjklzx
— nadh (@FatinNadhZaihan) February 1, 2023
Pernah emergency brake sebab tak nampak lampu brake kereta depan menyala, dah dekat baru perasan samar samar je. Aku terajang kang https://t.co/rlftKOwtH6
Bukan itu sahaja, ada juga pemandu yang telah mengubah suai lampu brek mereka seolah-olah berkelip seperti lampu reverse dan membuat pengguna jalan raya mula keliru.
Ada yang buat lampu brek nampak macam lampu reverse n kelip2. Confuse keta kat belakang
— ai_da (@M_aida12) February 1, 2023
Netizen berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil serius tentang perkara ini dan menahan pemandu terlibat ketika di Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi mengurangkan risiko kemalangan.
@JPJ_Malaysia @PDRMsia @PDRMsia_Trafik kena rajin2 sikit tarik tepi, saman jer kereta yg merbahaya nih ! Termasuk juga kereta motor yg lampu brek belakang cacat !
— hachimantaro (@RedlandMan1) January 31, 2023
@PDRMsia atau @JPJ_Malaysia kalau buat roadblock boleh tak alang alang check lampu break sekali? PALING PENTING LAMPU BREAK 😭
— The Duke of Penang (@YianasueAbu) January 31, 2023
Garis Panduan Pengubahsuaian Kereta Mengikut Peraturan Yang Ditetapkan Oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Pihak JPJ telah mengeluarkan garis panduan bagi menerangkan kepada pengguna berkaitan piawaian yang perlu dipatuhi sekiranya ingin melakukan modifikasi kenderaan persendirian atau perdagangan.
Modifikasi yang disarankan hanya melibatkan pengubahsuaian kecil atau pemasangan alat kelengkapan tambahan sebagai aksesori yang tidak mengubah identiti serta tidak mengganggu ciri-ciri keselamatan kenderaan serta pengguna jalan raya.
Antara garis panduan yang ditetapkan oleh pihak JPJ dalam proses pengubahsuaian kenderaan adalah seperti:
- Pemasangan air spoiler, aerofoil atau side skirt mestilah tidak boleh melebihi 150mm diukur dari bahagian luar tayar belakang.
- Pemasangan door visor hendaklah tidak boleh melebihi 100mm lebar dan tinggi.
- Pemasangan tambahan bumper atau protecting guard (kangaroo bar) di bahagian hadapan atau belakang mestilah tidak boleh melebihi 50% daripada bes roda kenderaan.
- Protecting guard (kangaroo bar) yang dipasang mestilah tidak melebihi 150mm daripada keseluruhan lebar kenderaan.
- Pemasangan tayar yang lebih besar sehingga mengubah ketinggian keseluruhan kenderaan adalah tidak dibenarkan.
- Pemasangan kanopi jenis hard-top mudah alih atau kanvas hanya dibenarkan untuk kenderaan jenis twin cab pick-up sahaja di mana jumlah penumpang adalah 5 orang.
- Pemasangan spotlight hanya dibenarkan pada kenderaan jenis 4X4 sahaja dan mestilah berwarna putih dan dipasang di bahagian hadapan kenderaan sebagai tambahan lampu sedia ada.
Maklumat lanjut tentang garis panduan tersebut boleh klik [DI SINI].
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.