Now Reading
“Boleh Berlubang Kaki” – Individu Buat Laporan Polis Lepas Jumpa Banyak Paku Terpacak Tepi Jalan Raya

“Boleh Berlubang Kaki” – Individu Buat Laporan Polis Lepas Jumpa Banyak Paku Terpacak Tepi Jalan Raya

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa sedang berjoging di tepi jalan raya sekitar Persiaran Anggun, Rawang, Selangor pada jam 7:00 pagi, 27 April 2024.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak akhir-akhir ini, terdapat pelbagai kes jenayah yang berlaku tanpa mengira siang atau malam. Lebih membimbangkan lagi apabila pelaku sudah semakin berani untuk melakukan perbuatan jahat itu di lokasi terbuka.

Pada masa sama, perbuatan khianat yang bertujuan untuk memudaratkan pihak lain juga semakin merisaukan lebih-lebih lagi jika ia boleh menyebabkan kecederaan atau kematian.

Walaupun tiada sesiapa berada di sekeliling, pastikan kawasan bersekitaran tidak mempunyai sebarang objek yang mencurigakan seperti mana yang berlaku baru-baru ini di Rawang, Selangor.


Lelaki Cedera Ketika Joging Selepas Temui Sejumlah Paku Di Jalan Raya

Menerusi perkongsian yang dimuat naik semula di laman X (@callmeyid), seorang pengguna menceritakan satu insiden yang berlaku seorang lelaki yang sedang berjoging sekitar jam 7:00 pagi di tepi jalan raya sekitar Persiaran Anggun, Rawang, Selangor.

Siapa sangka wujud individu tidak bertanggungjawab yang meletakkan sejumlah paku dengan mata tajamnya berada di bahagian atas.

Keadaan menjadi lebih parah apabila mangsa telah terpijak sebahagian paku di kawasan terbabit sehingga menyebabkan dia tersungkur.

Sumber: Instagram @zamhusri

Situasi berkenaan turut mengakibatkan lelaki berkenaan mengalami kecederaan pada bahagian tapak kaki dan tangan.

Hari malang, baru nak buat 10km dah kaki terpijak paku dan tersungkur angkara perbuatan khianat manusia. Sedih bukan sebab cedera tapi sebab tak dapat habiskan lari, sederet paku dia tanam kat bahu jalan. Apa yang terkandung dalam pemikiran dan hatimu masa kau tanam paku ni?

Mangsa.

Susulan kejadian itu, mangsa telah membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan selanjutnya dilakukan.

Semakan pada laporan tersebut mendapati insiden itu berlaku pada Sabtu, 27 April 2024.


Polis Siasat Motif Pelaku

Dalam pada itu, polis sedang giat menyiasat motif paku berkenaan dipacak sedemikian rupa di kawasan terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, mangsa mendapati terdapat sembilan paku dipacak di kedua-dua arah jalan terbabit.

“Motif kejadian masih dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 324/283 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Hady Ismadi Mamat di talian 012-4628994 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan,” katanya.


Netizen Bengang Lihat Tindakan Tidak Khianat Individu Terlibat

Perkongsian tersebut membuatkan ramai netizen yang terkejut dengan tindakan khianat berkenaan yang juga telah menyebabkan kecederaan kepada mangsa terlibat.

“Jahatnya manusia itu. Tak pasal-pasal orang lain cedera. Kalau kena kat budak-budak macam mana?” kata netizen.

Bengang dengan kes itu, netizen turut berharap agar pelaku dikenakan balasan yang setimpal dengan perbuatan buruknya.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang menasihati mangsa agar segera mendapatkan suntikan di klinik dalam tempoh 24 jam selepas mengalami kecederaan akibat tertusuk paku yang dikhuatiri berkarat.

Ia dipercayai bagi mengelakkan mangsa terkena Tetanus atau kancing gigi.

Sumber: Media sosial

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd