Now Reading
Apa Perlu Buat Jika Kereta ‘Mati’ Di Tengah Jalan? Take Note!

Apa Perlu Buat Jika Kereta ‘Mati’ Di Tengah Jalan? Take Note!

Antara tips yang boleh dilakukan apabila kereta anda tiba-tiba ‘mati’ di tengah jalan adalah dengan menukarkan gear kepada bahagian Neutral (N).

Apa Perlu Buat Jika Kereta 'Mati' Di Tengah Jalan? Take Note!Apa Perlu Buat Jika Kereta 'Mati' Di Tengah Jalan? Take Note!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai pengguna jalan raya, kita perlu sentiasa bersiap sedia dengan apa jua keadaan yang tidak dijangka akan berlaku.

Boleh jadi kereta anda tiba-tiba terlibat dalam kemalangan ataupun enjin ‘mati’ secara mengejut ketika berada di lampu isyarat. Jika keadaan ini berlaku, pertama sekali jangan panik.

Tarik nafas dalam-dalam dulu, kemudian barulah anda boleh berfikir dengan tenang.


Perkara Yang Perlu Dilakukan Jika Kereta ‘Mati’ Di Jalan Raya

Sesetengah kereta akan mengalami beberapa keadaan di mana enjin kereta tiba-tiba sahaja berhenti berfungsi di tengah jalan tanpa memberi sebarang petanda.

Sekiranya situasi ini berlaku kepada ini, berikut adalah beberapa tips untuk anda mengatasi masalah ini.

#1. Cari Stesen Minyak Berhampiran

Apa Perlu Buat Jika Kereta 'Mati' Di Tengah Jalan? Take Note!
Sumber: Paul Tan Automotive News/ CARETA

Kalau kereta tiba-tiba ‘mati’ dan bunyi enjin agak semput ketika mahu dihidupkan semula, berkemungkinan ia berlaku kerana kenderaan anda kehabisan minyak (jika penunjuk minyak menyala) atau pam minyak mengalami kerosakan.

Boleh cari botol kosong untuk mengisi minyak di mana-mana stesen minyak berdekatan. Seeloknya perlu ada nozel atau benda lain seperti lidi yang boleh dimasukkan ke dalam tangki minyak untuk membuka ‘internal flap’ di dalam tangki minyak kereta.

Kemudian, isi minyak perlahan-lahan dan elakkan daripada ia tertumpah. Jangan risau kalau terkena pada tangan kerana anda boleh mencucinya menggunakan sabun dan air. Tapi, akan rasa gatal sedikit kerana minyak petrol bersifat merengsa.

#2. Periksa Bateri Kereta

Apa Perlu Buat Jika Kereta 'Mati' Di Tengah Jalan? Take Note!
Sumber: Pexels

Sekiranya enjin kereta tidak dapat dihidupkan semula dan mengeluarkan bunyi ‘tik-tik-tik’, faktor lain yang mungkin menyebabkan masalah ini adalah kerana bateri sudah ‘mati’ dan perlu ditukarkan dengan yang baharu.

Elakkan dari menghidupkan kereta menggunakan kabel ‘jumper’, lebih-lebih lagi kereta moden.

Cadangan kami adalah untuk menghubungi syarikat Bateriku atau mana-mana pihak yang menjual bateri kereta.

#3. Tukarkan Gear Kepada Bahagian Neutral (N)

Apa Perlu Buat Jika Kereta 'Mati' Di Tengah Jalan? Take Note!
Sumber: Auto Deal

Bagi situasi di mana kereta ‘mati’ dan tidak boleh dihidupkan semula, salah satu cara untuk membantu anda adalah dengan menukarkan gear kepada bahagian Neutral (N) untuk membolehkan kereta ditolak ke tepi jalan.

Jangan panik kalau gear tak boleh digerakkan dari bahagian Drive (D) ke Neutral (N). Tekan brek sehabis mungkin kemudian baru anda menukarkan gear.

#4. Elakkan Dari Menolak Kereta Sambil Mengawal Stereng Jika Kurang Berkemahiran Melakukannya

Apa Perlu Buat Jika Kereta 'Mati' Di Tengah Jalan? Take Note!
Sumber: Motoqar

Kalau anda tidak mahir untuk menolak kereta sambil mengawal stereng, elakkan dari melakukannya seorang diri dan lebih baik untuk cuba meminta pertolongan dari mana-mana individu.

Apa yang anda boleh buat, duduk di dalam kereta dan kawal stereng ketika kereta ditolak oleh mana-mana pihak. Ini kerana stereng tanpa kuasa elektrik akan membuatkannya lebih berat.

#5. Keluar Dari Kereta Untuk Meminta Pertolongan Pengguna Jalan Raya

Apa Perlu Buat Jika Kereta 'Mati' Di Tengah Jalan? Take Note!
Sumber: Freepik

Kalau anda ada masalah, jangan segan untuk bertanya dan meminta pertolongan daripada orang lain. Lebih selamat jika ada yang ingin menghulurkan bantuan kerana boleh mengelakkan sebarang masalah menjadi semakin teruk.


Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

Jika seseorang itu mengalami kemalangan jalan raya, jangan sesekali menandatangani apa-apa dokumen daripada orang tow truck yang datang.

Salah ke? Jawapannya, tidak.

Cumanya, ada kemungkinan kenderaan anda tidak dibawa ke bengkel ‘authorised’ yang berdaftar dengan pengeluar kereta jenama yang anda pakai seperti Honda, Perodua, Toyota dan sebagainya.

Sumber: Pexels

Pendek kata, elakkan dari berlaku panik dan jangan menerima apa-apa servis daripada external tow truck selain yang berdaftar dengan takaful yang anda ambil sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Artikel Berkaitan: Kereta Tenggelam Dalam Banjir? Ini Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Artikel Berkaitan: Bila Kemalangan & Kereta Selesai ‘Towing’, Ini 6 Perkara Korang Perlu Lakukan!

Sumber: Twitter @iammohsein


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd