Now Reading
Bila Kemalangan & Kereta Selesai ‘Towing’, Ini 6 Perkara Korang Perlu Lakukan!

Bila Kemalangan & Kereta Selesai ‘Towing’, Ini 6 Perkara Korang Perlu Lakukan!

Selepas kemalangan jangan panik dan jangan menerima apa-apa servis daripada external tow truck selain yang berdaftar dengan takaful yang anda ambil.

accident

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila seseorang itu mengalami kemalangan jalan raya buat kali pertama, pasti anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan perasaan panik akan muncul serta-merta.

Itu adalah normal.

Tetapi, jangan bertindak terlebih dahulu. Hubungi rakan atau keluarga untuk meminta bantuan serta nasihat apa yang perlu dilakukan. Terutamanya kaum hawa.


Perkara Yang Perlu Dielakkan Jika Accident

Seorang pengguna Twitter (@syahrul_asyraf) menerusi bebenang tweets telah menjelaskan pengalamannya berhadapan dengan keadaan kemalangan jalan raya dan kenderaan miliknya diisytihar sebagai ‘total lost’ atau rosak sepenuhnya.

Oleh itu, dia turut memberitahu orang ramai untuk tidak melakukan beberapa perkara ini sekiranya suatu hari nanti perkara sama menimpa.

Menurutnya, jika seseorang itu mengalami kemalangan jalan raya, jangan sesekali menandatangani apa-apa dokumen daripada orang tow truck yang datang.

Salah ke? Jawapannya, tidak.

Cumanya, ada kemungkinan kenderaan anda tidak dibawa ke bengkel ‘authorised’ yang berdaftar dengan pengeluar kereta jenama yang anda pakai, sebagai contoh; Honda, Perodua, Toyota, dan sebagainya.

Pendek kata, selepas kemalangan jangan panik dan jangan menerima apa-apa servis daripada external tow truck selain yang berdaftar dengan takaful yang anda ambil.


Proses Yang Perlu Dilakukan Selepas Accident Untuk Dapatkan ‘Claim’ Penuh

Untuk anda yang tidak tahu dan belum ada pengalaman mengendalikan proses yang perlu dilakukan selepas kemalangan, boleh baca perkongsian penuh di bawah:

  1. Hubungi tow truck daripada syarikat takaful anda sendiri.
  2. Segera ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan. Di situ, polis akan mengambil gambar serta keterangan anda. Kalau anda mengalami kecederaan, boleh pergi ke klinik terlebih dahulu dan baru pergi ke balai.
  3. Selesai urusan dengan pihak polis, anda harus print report polis tersebut di balai trafik. Simpan salinan untuk memudahkan urusan claim.
  4. Selepas selesai report polis, boleh singgah terus ke bengkel untuk check kereta anda dan daftar. Dan perlu diingatkan untuk pergi ke balai polis cawangan trafik dan bukan balai polis biasa.
  5. Dalam satu hari bekerja, wakil bengkel akan hubungi anda untuk meminta dokumen seperti berikut:
    1. Salinan lesen memandu.
    2. Salinan kad pengenalan.
    3. Salinan report polis.
    4. Gambar kemalangan (optional).
  6. Pihak bengkel seterusnya akan membantu menguruskan aduan claim kepada pihak takaful dan kebiasaannya anda akan menerima notifikasi dalam masa tiga (3) hari bekerja mengatakan bahawa permohonan anda diterima oleh pihak takaful.
  7. Selepas permohonan diterima, pihak takaful akan mengatur adjuster untuk melakukan assessment (penilaian) mengenai keadaan kereta anda sama ada masih boleh diperbaiki ataupun dikira sebagai ‘total lost’.

Nota: Bahagian urusan adjuster ini harus diberikan perhatian sepenuhnya. Dalam beberapa hari, adjuster akan datang ke bengkel untuk tengok apa kerosakkan dan report claim akan dikeluarkan.

  1. Setelah adjuster mendapatkan report kerosakan, pihak mereka akan menyerahkan kepada syarikat takaful. Jika mereka berpuas hati dengan kos kerosakan dan justifikasi adjuster, kenderaan anda akan boleh mula dibaiki.

Walau bagaimanapun, akan ada beberapa kes di mana pihak takaful tidak berpuas hati dengan kerosakan quotation first.

Jadi, mereka akan meminta untuk asses semula.

Jika terjadinya perkara seperti ini, anda dinasihatkan untuk terus pergi ke Auto Loan Department bank terlibat. Dalam masa sehari mereka akan proses surat.

Setelah menerima surat LoA daripada pihak bank dan surat settlement baki hutang kereta, anda harus menyerahkan dokumen claim kepada pihak takaful:

  • Geran kereta original.
  • Kunci kereta original.
  • Surat bank.
  • Lesen.
  • Surat JPJ.

TLDR;

  • Sentiasa bertenang dalam proses menguruskan kenderaan yang mengalami kemalangan.
  • Sentiasa follow-up dengan pihak terlibat.
  • Sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk memudahkan segala urusan.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita semua.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd