Now Reading
[Video] Pak Nil Dipuji, Berjaya Kawal Situasi Semasa Berdepan Pelancong Asing Yang ‘Riuh’ Dalam ETS

[Video] Pak Nil Dipuji, Berjaya Kawal Situasi Semasa Berdepan Pelancong Asing Yang ‘Riuh’ Dalam ETS

Aznil Nawawi berkata terdapat beberapa kumpulan pelancong dari China berbual dengan kuat ketika berada dalam tren ETS menuju ke Butterworth, Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, setiap negara mempunyai budaya dan gaya kehidupan masyarakat masing-masing.

Sebagai contoh terdapat penduduk di negara lain terbiasa berborak dengan intonasi suara yang kuat meskipun rakan berbual hanya berada di sebelahnya.

Namun begitu, apabila berada di tempat orang, jangan pula kita membawa budaya tersebut kerana ia boleh mengganggu kenteraman orang awam.


Tren Dinaiki Aznil Nawawi Riuh Apabila Pelancong Bercakap Dengan Kuat

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@datukaznilnawawi) apabila pengacara tanah air, Aznil Nawawi berkongsi satu situasi yang berlaku ketika berada dalam tren ETS (Electric Train Service) menuju ke Butterworth, Pulau Pinang.

Menerusi video dikongsi, kelihatan beberapa pelancong asing dari China dilihat sedang berbual antara satu sama lain.

Namun perkara yang mencuri perhatian adalah mereka berbual dengan intonasi suara yang kuat atau riuh sehingga mengganggu penumpang yang lain termasuklah selebriti terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil.

Mereka (pelancong China) bercakap melalui aku. Jadi dia terpaksa menjerit sebab aku dekat tengah-tengah ni. Mereka tak reti cakap bisik-bisik, mereka cakap dengan menjerit.

Pak Nil.

Pak Nil Ajak Pelancong Asing Berbual

Bagi menyelesaikan perkara itu, Pak Nil bertindak memulakan perbualan dengan salah seorang pelancong yang duduk di belakangnya menggunakan Bahasa Melayu.

Lelaki tersebut pula dilihat memberikan respon yang baik selepas disapa oleh pengacara tersebut. Malah menggunakan aplikasi penterjemah untuk mengetahui apa yang dikatakan oleh Pak Nil.

Jelas Pak Nil, dia mahu menunjukkan contoh yang baik sebagai tuan rumah kepada para pelancong yang mengunjungi Malaysia. Dalam kesempatan itu, Pak Nil turut mengucapkan selamat datang kepada pelancong China tersebut.

Lebih menghiburkan apabila seorang lelaki yang duduk di tempat duduk belakang tergelak selepas Pak Nil bertanya sama ada pelancong dari China itu adalah seseorang yang kaya atau tidak.

Perbualan mesra antara Pak Nil dan pelancong bukan sahaja meredakan keadaan yang riuh malah dia juga telah membuat kenalan baru.

@datukaznilnawawi Pilihan di tangan anda. Nak keruhkan keadaan atau sebaliknya. Kejadian berlaku dalam ETS @KTMB ♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

Netizen Puji Cara Pak Nil Kendalikan Situasi Yang Riuh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat memuji tindakan yang dilakukan oleh Pak Nil dalam mengendalikan suasana yang riuh itu.

“Ya ampun, berkenan sangat cara Pak Nil handle, dia (pelancong China) tahu tak dia tengah borak dengan pengacara nombor 1 Malaysia ni!” kata seorang wanita.

Malah ada juga yang berkata ia adalah satu contoh yang baik bagi memperkenalkan bahasa digunakan rakyat tempatan.

“Contoh yang sangat baik. Mesti dia nak datang lagi sebab nak belajar Bahasa Melayu,” jelas seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga dilihat berkongsi pengalaman sama yang dilalui oleh mereka sewaktu menaiki tren.

“Saya pernah naik ETS dari Tanjung Malim ke Perlis. Mereka (penumpang bising) buat macam ETS tu mereka punya, sembang riuh,” ujar seorang individu.

Sumber: TikTok (@datukaznilnawawi)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd