Now Reading
Skoliosis: Pak Nil Berjaya Kumpul Dana Cecah RM60K Untuk Pembedahan Zamani

Skoliosis: Pak Nil Berjaya Kumpul Dana Cecah RM60K Untuk Pembedahan Zamani

Pak Nil dilaporkan telah berjaya mengumpul dana buat pembedahan Zamani sebanyak RM55,000 dalam tempoh 24 jam sahaja.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Untuk pengetahuan umum, Skoliosis merupakan lengkungan ke arah sisi berlaku pada tulang belakang yang lazimnya dikesan dalam kalangan remaja.

Kebanyakan kes skoliosis tidak serius, namun lengkungan tersebut akan menjadi lebih parah mengikut tumbesaran pesakit dan skoliosis yang kritikal mampu melumpuhkan penghidapnya.

Lengkungan tulang belakang yang teruk boleh mengakibatkan jumlah ruang yang wujud dalam dada berkurangan, menyukarkan paru-paru untuk berfungsi dengan betul.

Ini sekali gus menjurus kepada pelbagai komplikasi seperti kesakitan kronik, kesukaran bernafas, dan kapasiti terbantut untuk senaman.

Boleh dikatakan 80% daripada kes-kes Skoliosis ini datang daripada golongan Adolescence Idiopathic Scoliosis (AIS) iaitu golongan muda.

Pembengkokan struktur tulang belakang seseorang tidak seimbang ketika proses tumbesaran bermula umur 9 tahun bagi perempuan dan 12 tahun untuk lelaki akan menyebabkan Skoliosis.

Sumber: The Malaysian Medical Gazette

Malah, di Malaysia – kajian mendapati Skoliosis telah menjejaskan 2% – 3% daripada populasi di antara 600,000 hingga 900,000 orang.

Seseorang itu disahkan menghidap Skoliosis sekiranya mempunyai kondisi tulang belakang seperti:

  • Berbentuk C
  • Berbentuk S
  • Lengkungan pada X-ray menunjukkan lebih daripada 10 darjah

BACA LANJUT: Skoliosis: Masalah Tulang Belakang Bengkok Yang Boleh Berlaku Dalam Diam


Zamani Hidap Skoliosis, Pak Nil Berjaya Kumpul Dana RM55,000 Untuk Pembedahan

Umum sedia maklum bahawa penyanyi terkenal tanah air, Zamani Slam telah dilaporkan menderita penyakit tulang belakang/Skoliosis. Oleh itu, personaliti popular iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi telah mengusahakan pencarian dana bagi membantu Zamani menjalankan pembedahan tulang belakang.

Malah, sebagai bukti buat orang ramai, Aznil menerusi hantaran Facebook turut memuat naik rakaman perbualannya dengan Zamani.

Minta maaf Pak Nil buat kutipan untuk Zamani tak cakap dengan Zamani sebab Pak Nil tahu Zamani kata tak nak meminta-minta. Tapi Pak Nil kata tak apa biar Pak Nil yang buat. Zamani nak buat ‘show’ banyak-banyak, Pak Nil rasa keadaan Zamani nanti lagi memudaratkan.

jelas Pak Nil menerusi perbualan bersama Zamani.

Aznil juga dilaporkan telah mengosongkan akaun bank miliknya untuk menerima segala dana yang bakal dimasukkan oleh orang ramai. Ini kerana dia bimbang jikalau akaunnya akan dibekukan akibat dana yang masuk terlalu banyak.

Dalam masa kurang 24 jam dapat kumpul dekat RM40,000. Ada yang hantar seringgit, ada yang hantar dua ringgit dan lima ringgit. Ramai sayang awak.

Aznil Nawawi.

Menjengah di akaun Facebook Aznil kira-kira 20 jam lalu, team TRP mendapati dana yang telah diterima kini mencecah RM60,000! Pak Nil juga memaklumkan akan menutup kutipan dan mengumumkan jumlah sebenar setakat ini.

Beliau juga sedang dalam perbincangan dengan Zamani untuk penyerahan wang kutipan.

Alhamdulillah.

TRP mendoakan semoga urusan pembedahan Zamani akan dipermudahkan.


Saringan Komuniti Skoliosis Bersama ALTY Orthopaedic Hospital.

Bersempena bulan kesedaran skoliosis yang berlangsung pada bulan Jun, ALTY Orthopaedic Hospital telah berganding bahu dengan sebuah syarikat farmaseutikal bernama Viatris bagi meningkatkan kesedaran mengenai skoliosis dalam kalangan rakyat Malaysia.

Kolaborasi ini akan diadakan di 4 cawangan farmasi terletak di Lembah Klang.

Orang ramai boleh walk-in dan akan akan diberikan saringan postur percuma bertujuan untuk mengesan sebarang tanda-tanda awal skoliosis.

Ibu bapa dengan anak-anak yang masih muda berserta golongan belia amat digalakkan untuk menjalani saringan postur ini.

Sebagai sebuah institusi kesihatan, kami bertekad untuk meningkatkan kesedaran dan mendidik rakyat Malaysia bagi mengesan tanda-tanda awal skoliosis. Jika rawatan awal gagal dibuat, skoliosis yang berpanjangan mampu memberi impak kesihatan yang buruk dalam jangka panjang.

Prof. Madya (C) Dr. G Ruslan Nazaruddin Simanjuntak, Pakar Perunding Bedah Ortopedik & Penggantian Sendi merangkap Pengerusi, ALTY Orthopaedic Hospital.

Mengulas lanjut, pihak ALY juga berbesar hati untuk berganding bahu dengan Viatris yang percaya akan kepentingan untuk memupuk kesedaran dan mendidik rakyat Malaysia mengenai skoliosis.

Menerusi khidmat saringan ini, kami berharap ia dapat membantu memperbaiki kesihatan dan kualiti hidup para pesakit. Ia sejajar dengan misi kami untuk memperkasakan para insan di seluruh dunia dalam menjurusi kehidupan yang lebih sihat di setiap peringkat usia.

Jeff Bote, Pengurus Negara Viatris Malaysia.

Saringan ini akan diadakan di lokasi dan waktu berikut: 

Saringan komuniti skoliosis ini disokong oleh rakan-rakan perkhidmatan kesihatan strategik, Caring Pharmacy dan Health Lane Family Pharmacy.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.altyortho.com.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd