“Siapa Ira Kazar Pada Awak?” – Syamsul Yusof Terdiam Dengar Soalan ‘Maut’ Pak Nil
Syamsul Yusof hanya membuat isyarat mengunci mulut apabila Pak Nil bertanya siapa Ira Kazar kepada pelakon lelaki ini.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kemelut rumah tangga melibatkan pasangan selebriti iaitu Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof telah menjadi isu hangat yang diperkatakan oleh orang ramai di media sosial.
Isu ini semakin menjadi perhatian masyarakat selepas Puteri Sarah bertindak untuk memfailkan saman terhadap seorang wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa kekasih kepada suaminya.
Tindakan yang diambil oleh pelakon wanita berusia 37 tahun ini dianggap sebagai langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah rumah tangga melibatkan keluarganya sejak empat tahun lalu.
BACA JUGA: Mahkamah Arah Ira Kazar Masuk Pembelaan, Tidak Boleh Ganggu Puteri Sarah
Soalan temu bual Pak Nil buat Syamsul Yusof terkedu
Baru-baru ini, sebuah rancangan ‘Hard to Heart’ yang dikendalikan oleh Pak Nil atau nama sebenar Datuk Aznil Haji Nawawi menjadi bualan ramai selepas menjemput pengarah filem Mat Kilau itu sebagai tetamu jemputan.
Menerusi video sedutan rancangan tersebut yang dimuat naik oleh pengguna TikTok (@imranimplap), Syamsul dilihat memberi penjelasan terhadap beberapa soalan yang diajukan oleh Pak Nil berkaitan status hubungan bersama ayah, isteri dan keluarganya.
Syamsul juga mengakui bahawa dia masih sayangkan isteri dan anaak-anaknya.
Saya masih sayangkan isteri saya. Saya tak nak sakitkan isteri saya.
Pengarah filem Syamsul Yusof.
Namun ketika ditanya oleh Pak Nil siapa Ira Kazar kepada Syamsul, pelakon lelaki ini terus terdiam beberapa saat sebelum membuat isyarat mengunci mulut seolah-olah enggan menjawab soalan yang diajukan kepadanya.
Orang ramai sedih lihat reaksi Syamsul ketika disoal tentang Ira Kazar
Menjengah ke ruangan komen di video sedutan yang dikongsikan itu, kebanyakan orang ramai meluahkan rasa sedih dan kecewa melihat respon Syamsul Yusof selepas diajukan soalan tentang Ira Kazar.
Semoga kemelut rumah tangga yang berlaku antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof dapat diselesaikan dengan cara yang baik untuk kedua-dua belah pihak.
BACA JUGA: “Saya Study Dulu” – Peguam Puteri Sarah Akan Teliti Video Tular Syamsul Yusof & Kazar Di Kedai Emas
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.