Now Reading
Insiden Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail KL Ragut Satu Nyawa, Seorang Lagi Cedera

Insiden Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail KL Ragut Satu Nyawa, Seorang Lagi Cedera

Individu yang maut dalam insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail KL itu adalah lelaki warga tempatan berusia 47 tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kejadian pokok tumbang yang baru sahaja berlaku di Jalan Sultan Ismail berhadapan Hotel Concorde, Kuala Lumpur pada petang hari ini (7 Mei) telah meragut satu nyawa melibatkan seorang lelaki warga tempatan.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Kuala Lumpur, PgKB I M. Fatta M. Amin, seorang individu juga dilaporkan mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kejadian pokok tumbang.

Terdapat dua orang mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh anggota, mangsa pertama seorang lelaki Melayu berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia. Mangsa kedua lelaki Melayu, 26, mengalami kecederaan telah diserahkan kepada pihak paramedik.

Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Kuala Lumpur, PgKB I M. Fatta M. Amin,

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 2:19 petang tadi sebelum mengerahkan anggota bomba ke lokasi kejadian.

Seramai 27 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul bersedia untuk membantu keadaan di sana.

Sebanyak 17 buah kenderaan dan juga landasan monorel telah dihalang oleh kerana dahan-dahan pokok yang tumbang.

Selain itu, perhentian bas di tepi jalan raya turut terkesan dan mengalami kerosakan akibat dihempap pokok.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pokok Besar Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Berhadapan Hotel Concorde KL


Tiada Gerabak Monorel Yang Terkena Pokok Tumbang

Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa perkhidmatan tren monorel tergendala buat sementara waktu berikutan pokok tumbang di landasan antara Stesen Bukit Nanas dan Raja Chulan.

Susulan itu, perkhidmatan alternatif iaitu bas perantara akan disediakan oleh pihak Rapid KL di antara Stesen KL Sentral dan Medan Tuanku seperti berikut:

  • Dari Stesen Monorel KL Sentral ke Stesen Monorel Medan Tuanku
    • WVH9625
    • W7169Q
    • WVD2380
    • WVK361
  • Dari Stesen Monorel Medan Tuanku ke Stesen Monorel KL Sentral
    • WUW4146
    • PJH4872
    • WUW8434
    • WUY9577

Turut disediakan juga adalah tren perantara dari Medan Tuanku ke Titiwangsa di Platform 1.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd