Now Reading
[Video] Pokok Besar Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Berhadapan Hotel Concorde KL

[Video] Pokok Besar Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Berhadapan Hotel Concorde KL

Orang awam dan pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak melalui jalan berkenaan sehingga situasi dapat dikawal oleh pihak berkuasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebatang pokok besar dilaporkan tumbang di Jalan Sultan Ismail berhadapan Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Difahamkan pokok berkenaan turut tumbang menghempap landasan monorel serta kenderaan yang berada di sekitar lokasi kejadian.

Video dan gambar juga mulai tular di media sosial dikongsikan oleh orang awam yang berada di kawasan berdekatan.

Namun setakat ini tiada info lanjut mengenai mangsa atau kenderaan yang terjejas akibat kejadian.

Perkhidmatan monorel alami kelewatan, ada laluan dihentikan sementara

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara stesen Hang Tuah dan Medan Tuanku turut dihentikan sementara.

Namun perkhidmatan bas perantara percuma bagi lokasi terlibat telah diaktifkan.

Orang awam dan pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak melalui jalan berkenaan sehingga situasi dapat dikawal oleh pihak berkuasa.

BERITA LANJUT MENYUSUL


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd