Bumbung Kereta Hancur Dihempap Pokok Besar Tumbang Di Ipoh
Insiden pokok tumbang dipercayai berlaku kerana hujan lebat dan ribut yang melanda Taman Song Choon, Ipoh hingga menyebabkan bumbung kenderaan hancur.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia kini kembali dengan cuaca tidak menentu di mana kebanyakan negeri ketika ini sedang mengalami hujan lebat dan ribut petir.
Menurut laporan yang dikeluarkan Jabatan Metreologi Malaysia (MetMalaysia), sebanyak 12 buah negeri dijangka akan berhadapan dengan ribut petir dan hujan lebat pada petang hari ini (11 September).
Antara negeri yang dijangka bakal mengalami cuaca ini ialah Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Kelantan, Sabah, Sarawak dan banyak lagi.
Kereta Berwarna Putih Diremuk Sebatang Pokok Besar Yang Tumbang Di Taman Song Choon, Ipoh
Pada hari Jumaat yang lalu (8 September) satu insiden mengejutkan telah berlaku di sekitar Taman Song Choon, Ipoh apabila sebatang pokok besar telah tumbang menghala ke jalan raya.
Video tular menunjukkan bumbung sebuah kereta berwarna putih remuk dan cermin belakang pecah selepas batang pokok besar mendarat di atas kenderaan itu.
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@bossman_rgi), orang ramai yang berhampiran dengan lokasi kejadian dilihat sedang membantu seorang wanita dan anak lelaki remajanya keluar daripada sebuah kereta yang remuk dipercayai dihimpap sebatang pokok.
Insiden pokok tumbang dipercayai berlaku kerana hujan lebat dan ribut yang melanda hingga menyebabkan bumbung kenderaan dalam keadaan hancur.

Susulan itu, pihak bomba terpaksa menebang pokok berkenaan untuk mengeluarkan mangsa iaitu wanita berusia 47 tahun dan anaknya.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Mohd Rozairi Abdul Rahim berkata kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan terus dikejarkan ke hospital swasta terdekat oleh orang awam.
Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa Majlis Bandaraya Ipoh telah dimaklumkan mengenai kes itu bagi membantu mengalihkan pokok yang menyekat jalan raya.
Untuk info, seorang lagi pemandu yang berada di belakang kenderaan berwarna putih itu pula kedengaran lega kerana dia nyaris tidak terlepas daripada pokok tumbang tersebut.
Elak Buat 5 Perkara Ini Ketika Hujan Lebat & Ribut Petir!
1. Duduk Di Kawasan Terbuka
Adalah penting untuk anda mencari tempat berteduh dan tidak berada di kawasan terbuka dan lapang seperti padang, taman permainan, jalan raya dan sebagainya. Yang paling selamat adalah berlindung di dalam rumah.

2. Berlindung Bawah Pokok
Menurut kajian saintifik, sesiapa yang berlindung di bawah pokok berisiko besar untuk disambar petir.
Ini kerana manusia disifatkan sebagai pengalir elektrik terbaik dan membolehkan kuasa elektrik disambar menerusi pokok ke tubuh badan manusia.

3. Sentuh Permukaan Konkrit
Kalau anda nak tahu, setiap permukaan konkrit seperti paip air, dinding dan bangunan mempunyai wayar besi yang mampu mengalirkan tenaga elektrik.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada menyentuh permukaan konkrit yang dinyatakan agar renjatan elektrik tidak berlaku.

4. Mandi Guna ‘Shower’
Pertama kali dengar? Untuk pengetahuan semua, voltan yang terhasil daripada ribut petir mampu mengalir melalui saluran paip yang mempunyai besi dan wayar. Risikonya adalah ‘shower’ tersebut boleh meletup dan juga terbakar.

5. Perkakas Elektrik Yang ‘On’
Setiap alatan dan barangan elektrik yang sedang ‘on’ mampu menyebabkan sumber tenaga kilat mengalir di dalam kabel elektrik dan secara langsung membahayakan pengguna.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Stay safe!
Baca Artikel Berkaitan:Â Pokok Besar Tumbang & Hempap 4 Kenderaan Di Cheras Ketika Ribut Petir
Baca Artikel Berkaitan:Â PRU15: MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di 8 Buah Negeri
Baca Artikel Berkaitan: Hujan Berterusan & Ribut Petir Diramal Hingga Jumaat, 11 Mac. Ini Antara Lokasi Terlibat
Sumber: TikTok (bossman_rgi) | Hello Doktor | Met Malaysia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram