Now Reading
PRU15: MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di 8 Buah Negeri

PRU15: MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di 8 Buah Negeri

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari ini (19 November) merupakan tarikh bersejarah buat rakyat Malaysia yang mana jutaan daripadanya dilihat telah keluar membuang undi di negeri masing-masing.

Yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dilihat sudah mula pulang ke kampung halaman bermula awal minggu ini.

Tambahan pula, menurut statistik oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), setakat jam 2 petang, 58% dari pengundi berdaftar sudah pun membuang undi di pusat undi masing-masing.

Tahniah, rakyat Malaysia!

Sumber: TRP.
Sumber: TRP.

Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Di Lapan Buah Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi media sosial telah mengeluarkan amaran hujan lebat serta ribut petir di 8 buah negeri sekitar Malaysia.

Menurut kenyataan tersebut, hujan lebat dijangka berlaku di keseluruhan Pulau Pinang dan Terengganu.

Amaran sama turut dikeluarkan di beberapa kawasan di Kedah melibatkan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling.

Manakala, di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar.

Kawasan lain pula ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan, manakala di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Kuantan).

Di Sarawak melibatkan Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) serta Mukah (Tanjung Manis dan Daro), selain Sandakan (Beluran) dan Kudat di Sabah.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Jabatan Meteorologi Malaysia.

MetMalaysia juga memaklumkan – berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 20 hingga 24 November ini.

Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan garis badai yang membawa bersama ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri Semenanjung,

Jabatan Meteorologi Malaysia.

BACA JUGA: PRU15: Dua Pengundi Wanita Meninggal Dunia Di Pusat Undi Johor


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd