Now Reading
Pokok Besar Tumbang & Hempap 4 Kenderaan Di Cheras Ketika Ribut Petir

Pokok Besar Tumbang & Hempap 4 Kenderaan Di Cheras Ketika Ribut Petir

Seramai enam orang mangsa telah mengalami cedera ringan selepas terlibat dalam insiden pokok tumbang yang menghempap empat buah kenderaan di Taman Maluri, Cheras semalam (6 November).

Pokok Besar Tumbang & Hempap 6 Kenderaan Di Cheras Ketika Ribut Petir

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Musim tengkujuh di Malaysia kini sudah mula dilihat selepas hujan lebat dan ribut petir secara berterusan telah berlaku di beberapa negeri termasuklah Selangor.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), musim Monsun Timur Laut (MTL) di Malaysia akan bermula lebih awal daripada jangkaan iaitu pada 7 November 2022 dan berterusan sehingga Mac 2023.

Angin timur laut yang berterusan dan kencang juga dijangka berlaku sepanjang monsun ini dan boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di Laut China Selatan.

BACA JUGA: MetMalaysia Says Northeast Monsoon To Land November 7

Pokok Tumbang Hempap Beberapa Kenderaan Di Taman Maluri, Cheras Ketika Ribut Petir

Semalam (6 November), Kuala Lumpur telah dilanda hujan lebat dan ribut petir sehingga mengakibatkan satu kejadian malang kepada beberapa individu.

Kejadian yang berlaku di Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras itu menyaksikan empat buah kenderaan telah dihempap oleh pokok tumbang pada jam 4.18 petang ketika hujan lebat dan angin kencang.

Sumber: Twitter/ @redzuanNewsMPB, @jnmalaysia

Memetik laporan Utusan, insiden terrsebut yang membabitkan enam orang mangsa termasuklah warga emas berusia 60 dan 70 tahun telah mengakibatkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal mengalami rosak teruk.

Menurut Komander Operasi Mazuri Mat Zain, beliau memaklumkan kesemua mangsa dilaporkan mengalami cedera ringan tetapi agak trauma dan takut selepas apa yang berlaku kepada mereka.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Komander Operasi Mazuri Mat Zain
Sumber: Twitter/ @redzuanNewsMPB

Anggota bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah bersama-sama dalam operasi membersihkan pokok tumbang tersebut bagi membuka semula laluan yang terhalang.

Orang Awam Kongsi Video Di Lokasi Kejadian Pokok Tumbang

Orang awam yang berada berhampiran lokasi kejadian pokok tumbang tersebut juga sempat merakam video dan memuat naik di media sosial memaparkan situasi pada ketika itu.

Memang agak teruk juga kerana pokok yang tumbang itu boleh tahan besar.

https://www.tiktok.com/@qoqoy94/video/7162818607217511706?_r=1&_t=8X8x1Wh3h8D&is_from_webapp=v1&item_id=7162818607217511706

Berikutan musim tengkujuh dan Monsun Timur Laut (MTL) yang akan berlaku dengan lebih kerap bermula November ini, orang ramai digalakkan untuk bersiap sedia dengan segala makluman serta amaran cuaca yang diberikan oleh MetMalaysia.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk elak dari meletakkan kenderaan anda berhampiran dengan pokok jika dijangka akan berlaku hujan dan ribut petir ketika itu.

BACA JUGA: MetMalaysia Ramal Banjir Besar Pada Hujung November

BACA JUGA: “1 Rumah, 1 Beg Kecemasan” – Ini Senarai Barang Perlu Ada Dalam Beg Bencana Banjir


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd