Now Reading
[Video] KJ Fasih Berbahasa Inggeris Ketika Interview Di Jerman Raih Pujian Ramai

[Video] KJ Fasih Berbahasa Inggeris Ketika Interview Di Jerman Raih Pujian Ramai

Dalam temu ramah bersama Radiodays Europe, beberapa soalan ditelah diajukan kepada Khairy Jamaluddin termasuklah berkaitan isu beliau ditendang keluar dari parti politik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Meskipun sudah tidak berkecimpung dalam bidang politik, namun nama  Khairy Jamaluddin Abu Bakar atau KJ masih menjadi bualan masyarakat di Malaysia.

Mana tidaknya, KJ kini dilihat bergiat aktif dalam industri seni seperti bergelar penyampai radio di stesen Hot FM, berlakon dalam iklan Pak Mat Western, menjadi duta air minuman dan sebagainya.

Malah, KJ juga dahulunya pernah berkongsi bahawa dia ingin menjadi seorang pelakon ya!

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tak Rindu Jadi Menteri” – KJ Teringin Jadi Pelakon, Ingin Tahu Karakter Yang Sesuai

Baca Artikel Berkaitan: KJ Sambung Kontrak Jadi DJ Hot FM Segmen Bekpes Hot Hingga Disember Ini

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Jadi Rider Pulak..” – Lakonan KJ Dalam Iklan Promosi Pak Mat Western Bikin Ramai Kagum


KJ Fasih Berbahasa Inggeris Ketika Ditemu Bual Di Jerman

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@ibdil), KJ dilihat telah terlibat dalam satu temu bual bersama pihak Radiodays Europe ketika menghadiri persidangan Radiodays Europe di Munich, Jerman.

Dalam temu ramah berkenaan, beberapa soalan ditelah diajukan kepada beliau termasuklah berkaitan isu beliau yang ditendang keluar dari sebuah parti politik.

KJ dengan tenangnya menjawab soalan tersebut dengan berkata bahawa keadaan itu terjadi mungkin kerana faktor pihak parti yang tidak sehaluan dengan pendapatnya.

Jelas sekali kerana saya mencabar kepimpinan parti. Saya kata dia perlu bertanggungjawab atas kekalahan pada pilihan raya. Dia tidak mahu bertanggungjawab. Dan saya fikir beliau sudah muak tengok muka saya.

Khairy Jamaluddin.

Individu berkenaan turut bertanya jika penyingkiran KJ dalam parti politik itu memberi peluang kepada Khairy untuk mempunyai ‘nafas baru’ dalam kehidupan.

Ia lebih bersifat peribadi. Ada yang datang pada saya dan kata mereka tak suka saya dulu waktu jadi ahli politik dan mereka lebih suka saya yang sekarang. Mereka dah nampak sisi saya yang lain dan saya pun sekarang dah buat video menari di TikTok untuk radio.

Khairy Jamaluddin.

Jelasnya lagi, beliau tidak melakukan kesemua perkara ini untuk membuktikan kepada mereka yang menendangnya keluar dari politik tetapi mereka ingin menunjukkan bahawa dirinya akan berada di mana-mana.

Saya menjadi ibarat Rasputin yang enggan mati.

Khairy Jamaluddin.

Video temu bual berdurasi 1 minit 48 saat itu mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 2.2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@ibdil/video/7362299551220370704


Netizen Kagum Dengar ‘Accent’ KJ Berbahasa Inggeris

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meluahkan rasa kagum selepas mendengar kefasihan KJ berbahasa Inggeris semasa ditemu bual di Jerman.

“Smooth je english dia mudah difahami, tak gagap pun,” kata netizen.

Sesetengah netizen berpendapat bahawa susunan ayat oleh beliau teratur, lancar dan mudah difahami oleh orang ramai.

“Macam ni la jawab soalan. Jawab apa yang ditanya. Bukan berpusing-pusing sampai tak jumpa jawapan,” luah netizen.

Malah, ada juga netizen yang menganggap KJ sesuai untuk menjadi calon Perdana Menteri Malaysia pada suatu hari nanti.

“Bahasa Inggeris yang lebih lancar berbanding menteri yang lain, calon terbaik untuk Perdana Menteri Malaysia akan datang,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Profil Khairy Jamaluddin

KJ yang kini berusia 48 tahun telah dilahirkan pada 10 Januari 1976 dan telah mendapat pendidikan di University of Oxford dan juga University College of London di United Kingdom (UK).

Sebelum mula menceburi bidang politik, beliau pernah berkhidmat sebagai pengacara di NTV7 Dateline Malaysia pada 1998 dan juga penulis The Economist pada 1999.

Kemudian beliau memegang jawatan sebagai Pengarah di ECM Libra Bhd pada tahun 2004 sehingga 2006.

Sumber: MalayMail

2013 menjadi tahun bermulanya KJ bergerak sebagai ahli politik apabila menyandang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan sehingga 2018 sebelum berkhidmat pula menjadi Menteri Sains Teknologi dan Inovasi pada 2019 hingga 2021.

Jawatan terakhir yang disandang oleh beliau sebelum kalah dalam pilihan raya adalah Menteri Kesihatan.

Baca Artikel Berkaitan: Pernah Terpalit Kontroversi, Hasrat KJ Untuk Jadi Perdana Menteri Jadi Persoalan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd