Now Reading
[Video] “Jadi Rider Pulak..” – Lakonan KJ Dalam Iklan Promosi Pak Mat Western Bikin Ramai Kagum

[Video] “Jadi Rider Pulak..” – Lakonan KJ Dalam Iklan Promosi Pak Mat Western Bikin Ramai Kagum

Dalam iklan tersebut, KJ telah memainkan karakter sebagai seorang rider makanan di sebuah kawasan kampung dalam mempromosikan produk Pak Mat Western.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut sahaja tentang Pak Mat Western, pasti ramai rakyat Malaysia tahu tentang jualan produknya yang terdiri daripada perapan daging serta makanan sejuk beku.

Namun apa yang membuatkan jenama ini diketahui oleh orang ramai adalah kerana idea iklan promosi yang mencuit hati selain memaparkan individu-individu ternama di Malaysia.

Antara selebriti yang pernah dilihat berkolaborasi bersama jenama tersebut adalah seperti Lisa Surihani, Sharnaaz Ahmad, Diana Danielle dan ramai lagi.


KJ Kolaborasi Bersama Pak Mat Western Dalam Iklan Promosi

Tidak terhenti di situ sahaja, baru-baru ini Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dikenali sebagai KJ telah mengundang perhatian orang ramai apabila dia dilihat dalam satu iklan promosi Pak Mat Western.

Dalam klip video yang dikongsikan di Instagram miliknya (@khairykj), KJ telah memainkan watak sebagai seorang penghantar makanan daging perap di sebuah kawasan kampung.

KJ dilihat telah meronda kawasan tersebut sambil mempromosikan daging perapan kepada penduduk setempat.

Bukan itu sahaja, dia juga telah membuat demo memasak perapan daging serta bebola daging yang dibawa olehnya.

Selesai sahaja sesi memasak, KJ dilihat menjamu selera sambil berbual mesra bersama orang kampung.

Sumber: Instagram (@khairykj)

KJ Berbesar Hati Untuk Bekerjasama Dengan Pak Mat Western

Menerusi hantaran sama, KJ berkata beliau bersetuju untuk bekerjasama dengan jenama tersebut memandangkan mempunyai masa lapang.

KJ dalam masa sama turut berbesar hati untuk menerima ‘job’ itu kerana bisnes tersebut bukan sahaja menyediakan peluang pekerjaan malah tawaran perniagaan kepada rakyat Malaysia.

“Pengusaha perlulah mempunyai disiplin yang tinggi serta perancangan yang baik agar sesebuah produk itu laris terjual,” ujarnya.

Sumber: Instagram (@khairykj)

Netizen Puji Bakat Lakonan KJ Dalam Iklan Promosi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai telah memuji bakat lakonan yang diserlahkan oleh bekas Ketua Pemuda UMNO tersebut.

Ada yang berkata, KJ berkemungkinan boleh dinobatkan sebagai calon anugerah Bintang Paling Popular kerana lakonannya yang hebat.

Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa KJ adalah seorang yang bersifat serba boleh kerana telah berkecimpung dalam pelbagai jenis skop pekerjaan selain menjadi seorang ahli politik sebelum ini.

“Versatile person, semua dia boleh jadi,” kata netizen.

Disebabkan lakonan hebat diserlahkan oleh KJ, terdapat seorang netizen berkata bahawa mereka mahu rasa daging kambing yang dipromosikannya.

“Apa je KJ tak boleh buat, terus rasa nak makan kambing,” ujarnya.

Sumber: Instagram (@khairykj)

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tak Rindu Jadi Menteri” – KJ Teringin Jadi Pelakon, Ingin Tahu Karakter Yang Sesuai

Baca Artikel Berkaitan: KJ Sambung Kontrak Jadi DJ Hot FM Segmen Bekpes Hot Hingga Disember Ini

Baca Artikel Berkaitan: KJ & Shahril Hamdan Lancar Episod Pertama Podcast ‘Keluar Sekejap’ Di YouTube


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd