Now Reading
Coach Diet Beri 2 Tips Untuk Potong Gula Dalam Pemakanan Harian. Penting!

Coach Diet Beri 2 Tips Untuk Potong Gula Dalam Pemakanan Harian. Penting!

Jelas coach diet dikenali sebagai Misyael, terdapat dua langkah bagi memotong pengambilan kandungan gula dalam diet untuk gaya hidup lebih sihat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semakin hari, masyarakat semakin didedahkan dengan ilmu tentang gaya hidup yang sihat. Ini termasuklah mengambil makanan yang berkhasiat tinggi dan mengurangkan makanan segera serta berproses.

Selain itu, terdapat juga pelbagai tips untuk mengurangkan berat badan bagi mereka yang sedang berdepan dengan masalah obesiti atau berat berlebihan antaranya dengan ‘cut sugar’.

Pun begitu, masih ramai yang keliru dan tidak pasti sama ada seseorang itu tidak boleh mengambil gula langsung atau sebaliknya.


2 Kaedah Untuk Memotong Gula Dalam Diet Harian

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@misyaelfitrepreneur) apabila seorang coach diet dikenali sebagai Misyael berkongsi ilmu mengenai cara-cara menjaga diet harian.

Orang ramai sedia maklum untuk tidak mengambil kandungan gula yang terlalu tinggi kerana ia mendorong kepada berat badan tidak sihat.

Sumber: Unsplash

Jelas Misyael, terdapat dua cara yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk ‘cut sugar’. Berikut adalah penerangan untuk setiap satu kaedah:

#1. Tiada Gula Langsung Dalam Makanan & Minuman

Misyael berkata salah satu cara untuk potong gula dalam diet adalah dengan memastikan makanan dan minuman yang diambil tidak mengandungi sebarang kandungan gula.

Jika anda membeli sapuan roti seperti mentega kacang, anda harus memastikan senarai bahan-bahan tidak mengandungi gula.

Sumber: Pexels
#2. Kurangkan Gula Dari Jumlah Sepatutnya Diambil

Kalau anda nak tahu, setiap individu mempunyai ketetapan kadar gula yang sepatutnya diambil dalam masa sehari.

Memetik Hello Doktor, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya mengesyorkan pengambilan gula sebanyak 15-20 juta kilogram per kapita setiap tahun iaitu bersamaan dengan 41.1 sehingga 54.8 gram setiap hari.

50 gram gula itu pula ibarat mengambil 10 sudu teh dalam tempoh masa sehari.

Sumber: Pexels

Kalau ikutkan cara yang diguna pakai oleh coach berkenaan, dia mengurangkan setengah daripada kandungan gula disyorkan dalam sehari iaitu sebanyak lima sudu teh sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Bersenam, Banyak Minum Air & 7 Lagi Tips Sihat Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah

Tetapi bagaimanakah cara untuk menyukatnya? Misyael berkata, cara mudah untuk melakukannya adalah dengan tidak mengambil langsung gula putih dalam apa-apa minuman diambil.

@misyaelfitrepreneur Replying to @insan biasa ini jawapannya nanti dah tengok komen yer 😊 #nosugar #cutsugar #diet #tips #learnontiktok #tipsdiet #mealplan #motivation ♬ Gym – Sound Gallery by Dmitry Taras

Gula Tak Terkawal Berisiko Hidap Penyakit Bahaya

WHO dalam masa sama mengesyorkan sebarang pengambilan gula tambahan haruslah dihadkan iaitu dengan memastikan ia tidak melebihi 10% daripada penggunaan tenaga harian anda.

Lapor Majlis Keselamatan Negara (MKN), Malaysia mempunyai kadar obesiti kedua tertinggi di Asia setakat tahun lalu dalam golongan dewasa.

Sumber: Pexels

Disamping penyakit obesiti, terdapat pelbagai penyakit lain boleh dihidapi sekiranya pengambilan gula tidak terkawal. Antaranya:

  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Penyakit jantung

Oleh disebabkan itu, anda dinasihatkan untuk tidak memandang rendah soal pemakanan dan mula cakna tentang pengambilan gula pada setiap hari.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Lemak Di Bahagian Perut Bahaya Untuk Kesihatan? Ini Sebabnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd