Now Reading
Kenapa Lemak Di Bahagian Perut Bahaya Untuk Kesihatan? Ini Sebabnya

Kenapa Lemak Di Bahagian Perut Bahaya Untuk Kesihatan? Ini Sebabnya

Jelas doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Qarafi Tee, lemak di bahagian perut boleh membentuk lemak visceral yang bahaya untuk organ dalaman.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti semua sedia maklum, terdapat banyak jenis pemakanan yang tinggi dengan kandungan kalori di mana ia boleh mengundang lemak kepada tubuh badan.

Memetik MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengambilan lemak dan kalori dalam pemakanan agak sukar untuk dielakkan sepenuhnya. Bagaimanapun, anda perlulah bijak mengawal pengambilannya.

Hal ini kerana, kandungan lemak yang melebihi paras tertentu akan menyebabkan kesihatan tubuh badan terjejas.


Lemak Perut Adalah Bahaya Untuk Individu

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@qarafitee) apabila seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Qarafi Tee memperjelaskan tentang bahaya lemak yang berada pada bahagian perut seseorang individu.

Jelas doktor tersebut, kandungan lemak yang terkumpul dalam tubuh badan seseorang adalah tidak sama rata pada semua anggota badan. Kadangkala, kandungan lemak terkumpul di bahagian perut adalah lebih banyak daripada yang lain.

Bukan itu sahaja, lemak di bahagian perut pula dikatakan lebih bahaya jika dibandingkan dengan lemak biasa yang lain.

Sumber: Pexels

Lemak Visceral Bahaya Untuk Organ Dalaman

Kebiasaannya, individu yang berbadan besar akan mempunyai lemak di bahagian perut dan memberi kesan buruk pada kawasan tisu subkutan (subcutaneous) dan membentuk lemak visceral.

Kewujudan lemak visceral tersebut sekaligus akan memudaratkan organ dalaman seseorang bukan setakat di bahagian tisu, malah bahagian hati, jantung dan usus.

Sumber: Pexels

Lemak biasa selalunya tidak meninggalkan kesan buruk kepada individu, manakala lemak visceral adalah berbahaya kerana ia sejenis lemak yang aktif.

Lemak tersebut pula akan mula membentuk beberapa hormon secara perlahan yang membawa kesan buruk kepada kesihatan anda sebagai contoh hormon sitokin (cytokines).

Hormon tersebut akan mendorong kepada penyakit jantung, hipertensi (tekanan darah tinggi dan menyebabkan anda kurang sensitif terhadap insulin (mengawal atur pengambilan gula dalam darah).

Pengurangan sensitiviti insulin pula berisiko membawa kepada masalah kencing manis dalam jangka masa panjang.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: KKM Nafi Produk Palsu Boleh Ganti Insulin Untuk Rawat Penyakit Diabetes


Rata-rata Individu Tidak Sedar Mereka Ada Lemak Visrecal

Lebih membahayakan adalah rata-rata individu yang mempunyai lemak visceral tidak menyedari mereka memilikinya kerana ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Lemak jenis itu akan berada pada bahagian organ dalaman.

Ujar Dr Qarati, keadaan tersebut akan meningkatkan risiko kebarangkalian menghidap penyakit serius yang lain antaranya asma, kanser dan dementia (nyanyuk) walaupun di usia muda.

@qarafitee Kalau korang ada belly fat , better korang tengok sampai habis. Kadang kita ingat buncit, belly fat nirmal je tapi rupanya banyak masalah kesihatan boleh kena tanpa kita tahu #drqarafitee #fyp #viral #bellyfat ♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya

Tips Kurangkan Lemak Di Bahagian Perut

Berikut kami sertakan cara-cara mengurangkan lemak di bahagian perut. Antaranya:

Sumber: Pexels
  • Lebihkan makanan berserat
  • Hindari makanan tinggi lemak trans
  • Mengambil makanan tinggi kandungan protein
  • Elakkan makanan bergula
  • Banyakkan aktiviti fizikal
  • Kawal stres
  • Dapatkan tidur yang berkualiti

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Bimbang Si Kecil Habiskan Semangkuk Gulai Ayam, Boleh Undang Obesiti

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Dr Malar Perjelas Kolestrol Dalam Santan Kelapa Hanya Mitos Semata


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd