Now Reading
KKM Nafi Produk Palsu Boleh Ganti Insulin Untuk Rawat Penyakit Diabetes

KKM Nafi Produk Palsu Boleh Ganti Insulin Untuk Rawat Penyakit Diabetes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak memperakui produk teh dimuat naik di laman Facebook Myspringshop-US yang didakwa boleh merawat diabetes.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan bahawa pihak mereka memperakui mana-mana produk atau makanan yang dikatakan boleh menggantikan ubat seperti insulin bagi mengawal gula dalam darah untuk penyakit diabetes.

KKM memaklumkan perkara tersebut menerusi laman Facebook rasmi mereka dengan menjelaskan tindakan pemilik akaun Facebook Myspringshop-US yang didakwa telah mengelirukan orang ramai.

Pemilik akaun tersebut telah memuat naik gambar beberapa gambar yang telah diubah suai dan mendakwa penjualan produk teh mereka diiktiraf oleh kementerian berkenaan.

BACA JUGA: KKM Sahkan Bahan Beracun Dalam Kopi Panggung Al Ambiak Boleh Hentikan Jantung

Berikutan itu, KKM menyeru orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan penjualan produk tersebut.

Dalam pada masa yang sama, KKM menegur pengusaha produk berkenaan untuk lebih bertanggungjawab supaya tidak mengambil kesempatan ke atas kesulitan yang dihadapi orang lain.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd