Now Reading
[Video] Doktor Bimbang Si Kecil Habiskan Semangkuk Gulai Ayam, Boleh Undang Obesiti

[Video] Doktor Bimbang Si Kecil Habiskan Semangkuk Gulai Ayam, Boleh Undang Obesiti

Doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Kenneth Wong berkata tindakan anak kecil yang makan semangkuk lauk gulai kaki ayam itu adalah tidak sihat kerana pengambilan makanan kurang khasiat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang perkara menarik mengenai Malaysia, sudah pasti masyarakat setempat bersetuju makanan unik dan sedap termasuk dalam senarai.

Antara makanan umum yang menjadi kegemaran orang ramai tidak kira golongan muda atau dewasa adalah seperti Nasi Lemak, Roti Canai, Nasi Kandar, Nasi Kerabu, Laksa dan sebagainya.

Namun begitu, kadar pengambilan makanan tersebut dalam rutin harian perlulah dikawal kerana ia mendorong kepada risiko masalah kesihatan.


Si Kecil Habiskan Semangkuk Gulai Kaki Ayam Bersama Nasi Putih

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@dr.kennethwongcf), apabila seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Kenneth Wong melontarkan pandangannya tentang isu pengambilan makanan.

Jelas doktor tersebut, terdapat sebuah perkongsian di TikTok menunjukkan seorang anak kecil sedang menjamu selera bersama ayahnya.

Menerusi video berkenaan, ayah kepada kanak-kanak itu dilihat seronok dan berbangga apabila anak lelakinya berjaya menghabiskan semangkuk lauk gulai ayam bersama sepinggan nasi putih.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Finna Food/Unsplash

“Comel Tapi Dalam Masa Yang Sama Sedih”

Kata Dr Kenneth, hantaran berkenaan sememangnya comel. Mana tidaknya, golongan ibu bapa sudah tentu akan berasa gembira melihat anak mereka menikmati makanan tanpa perlu dipaksa.

Pun begitu, doktor tersebut turut berasa sedih kerana corak pemakanan sebegitu ketika usia muda adalah berbahaya.

Tak faham kenapa ayah dia bangga sangat anak dia yang kecil macam ini habiskan satu mangkuk besar gulai kaki ayam dan juga sepinggan nasi yang besar.

Dr Kenneth.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara


Masalah Obesiti Kerana Ambil Makanan Tak Berkhasiat

Menjelaskan kebimbangannya, doktor itu berkata semakin ramai golongan anak kecil pada masa kini terdedah dan berdepan dengan masalah obesiti.

Berat badan yang berlebihan berpunca daripada pengambilan makanan tidak berkhasiat, berminyak serta berproses.

Tambah Dr Kenneth, si ayah mungkin tidak menyedari kesan tabiat pemakanan si kecil pada waktu ini, namun dalam jangka masa panjang anak lelaki berkenaan akan mempunyai banyak masalah kesihatan.

Sumber: Pexels

Makan Tak Terkawal Boleh Undang Penyakit Kronik

Bukan itu sahaja, pengambilan makanan tidak berkhasiat secara berterusan juga berkemungkinan membawa kepada penyakit kronik lain sebagai contoh, kencing manis atau tekanan darah tinggi sewaktu seseorang individu itu masih muda.

Selain itu, kanak-kanak yang mempunyai obesiti sekaligus boleh mendapat hati berlemak. Masalah berkenaan pula akan mendorong kepada kegagalan fungsi hati pada umur yang kecil.

Baca Artikel Berkaitan: “Kawal Pemakanan Masa Raya!” – Pesakit Diabetes Paling Banyak Terima Rawatan Ketika Aidilfitri

Bahkan, saluran darah juga terancam di mana ia akan mula terhimpit dan tersumbat akibat penyakit obesiti dan menjurus kepada penyakit jantung seawal zaman kanak-kanak atau remaja.

Di akhir perkongsian, doktor itu telah menasihatkan golongan ibu bapa supaya sentiasa cakna dan berhati-hati dengan diet harian si anak.

“Obesiti adalah sesuatu (penyakit) yang sangat serius,” ujar Dr Kenneth.

@dr.kennethwongcf Adik habis 1 mangkuk gulai kaki ayam! Apa kesan Obesiti? #drkenneth #doktortiktok #gulaikakiayam #obesitibudak #kencingmanis #fattyliver #penyakitjantung #obesitikanakkanak #kesanobesiti ♬ original sound – Dr Kenneth Wong

7 Makanan Lain Yang Boleh Bawa Kepada Masalah Obesiti

Selain daripada lauk berkuah, terdapat beberapa jenis makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang terkawal.

Hal ini kerana makanan ini tinggi kandungan gula, lemak atau kalori yang bahaya untuk kesihatan badan dan membawa kepada obesiti. Antaranya:

Sumber: Pexels
  • Aiskrim
  • Kentang
  • Piza
  • Donut
  • Sushi
  • Soda
  • Kopi

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Ikut Nafsu!” – Makan Berlebihan Ketika Musim Raya Boleh Undang Risiko Mati Mengejut


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd