Now Reading
“Jangan Ikut Nafsu!” – Makan Berlebihan Ketika Musim Raya Boleh Undang Risiko Mati Mengejut

“Jangan Ikut Nafsu!” – Makan Berlebihan Ketika Musim Raya Boleh Undang Risiko Mati Mengejut

Pakar dari Pusat Perubatan Sunway berkata pengambilan juadah raya yang manis boleh mengundang penyakit jantung serta risiko mati mengejut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sepanjang perayaan Aidilfitri, sudah tentu orang ramai akan sibuk mengunjungi rumah jiran tetangga atau kenalan rapat untuk majlis rumah terbuka.

Bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim, malah masyarakat juga berpeluang untuk menikmati juadah raya menarik seperti lemang, lontong, nasi impit, ketupat palas dan sebagainya.

Namun begitu, pengambilan makanan tersebut yang tidak terkawal boleh mengundang bahaya kepada kesihatan seseorang.

Sumber: Facebook Lemang&Grill

Risiko Mati Akibat Juadah Makanan Raya Yang Tinggi Kandungan Kalori

Seperti semua sedia maklum kebanyakan juadah raya terdiri dengan kandungan lemak, gula, garam serta kalori yang tinggi.

Menurut Pengurus Kanan Dietetik Pusat Perubatan Sunway Celeste Lau, pengambilan makanan tersebut secara berlebihan akan menyebabkan berat badan seseorang naik secara mendadak sekaligus berisiko menghidap penyakit lain.

Jelasnya, peningkatan berat badan seseorang itu tidak mustahil boleh mencecah sehingga tiga kilogram dalam masa sebulan sekiranya mereka terlibat dalam banyak majlis ‘open house’.

Hal ini disebabkan pengambilan makanan berat, minuman dan kudapan yang manis sebagai contoh biskut raya.

Sumber: Che Nom/TRP

Jadi, mereka akan terdedah kepada risiko diserang penyakit jantung atau mati mengejut jika terlebih makan dan minum, kurang rehat serta tidak cukup tidur. Walaupun risiko tersebut rendah atau jarang, namun ia mungkin akan berlaku.

Celeste Lau.

Pesakit Penyakit Kronik Perlu Jaga Gaya Pemakanan

Berbicara lebih lanjut mengenai perkara tersebut, pakar ini menjelaskan bahawa individu yang menghidap penyakit kronik perlu mengawal pengambilan makanan serta menjaga gaya hidup sepanjang musim Aidilfitri.

Contoh penyakit kronik yang disebutkan adalah:

  • Hipertensi.
  • Diabetes.
  • Kolestrol tinggi.
  • Penyakit buah pinggang.
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: “Kawal Pemakanan Masa Raya!” – Pesakit Diabetes Paling Banyak Terima Rawatan Ketika Aidilfitri


Apa Pula Yang Terjadi Kepada Individu Yang Tak Ada Penyakit Kronik?

Buat mereka yang tidak mempunyai sebarang penyakit kronik pula, risiko diserang masalah kesihatan boleh berlaku jika tidak mengawal pemakanan serta mendapat rehat yang cukup adalah peningkatan berat badan.

Masalah lain yang sering dialami adalah gastrousus seperti perut kembung, sembelit, sakit kepala, keracunan makanan, demam panas atau jangkitan kuman. Setiap individu disaran untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat kerana membuat keputusan dan pilihan wajar mampu menjamin kesejahteraan serta kesihatan badan untuk jangka masa panjang.

Celeste Lau.
Sumber: Pexels

Nasihat Pakar Kepada Orang Ramai

Bagi mencegah perkara tidak diingini berlaku, Celeste Lau menasihatkan orang ramai untuk mengehadkan pengambilan juadah yang mempunyai kandungan gula tinggi. Sebaliknya mengambil makanan yang segar serta perbanyakkan minum air kosong.

Anda juga boleh mengamalkan konsep suku-suku separuh atau Pinggan Sihat Malaysia diperkenalkan oleh kerajaan supaya makanan dinikmati adalah seimbang mengikut kuantiti sepatutnya.

“Selain mendisiplinkan diri untuk mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat, kita juga boleh menggalakkan atau sediakan makanan serta minuman seimbang buat tetamu.

“Makan mengikut keperluan dan jangan terlalu ikut nafsu makan, sentiasa ingat bahawa seimbang, sederhana dan pelbagai adalah kunci utama kepada kesihatan,” tambahnya lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Minum Air Masak Sahaja, Ambil Buah, Order Lauk Sayur & 5 Lagi Tips Untuk Kawal Kalori Jika Makan Di Restoran

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Bersenam, Banyak Minum Air & 7 Lagi Tips Sihat Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd