Now Reading
“Kawal Pemakanan Masa Raya!” – Pesakit Diabetes Paling Banyak Terima Rawatan Ketika Aidilfitri

“Kawal Pemakanan Masa Raya!” – Pesakit Diabetes Paling Banyak Terima Rawatan Ketika Aidilfitri

Pesakit diabetes disarankan untuk mengambil hidangan dalam kuantiti kecil secara berkala, berbanding kuantiti besar dalam satu masa.

pesakit diabetes

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu festival yang seringkali dinanti-nantikan oleh golongan Muslim di seluruh dunia.

Mana tidaknya, setelah sebulan berpuasa, akhirnya mereka boleh ‘melepaskan geram’ dengan menikmati kesemua juadah kegemaran di Hari Raya seperti lemang, ketupat, rendang, lontong, dan sebagainya.

Malah, ada yang makan tak ingat dunia tanpa memikirkan kesihatan diri dan apa juadah yang perlu dielakkan supaya tidak memudaratkan.

(Credit: Pexels)

BACA JUGA: The Coffee Bean & Tea Leaf Perkenal Menu Sempena Ramadan Raya. Sharwama Pun Ada!


Pesakit Diabetes Antara Golongan Paling Banyak Terima Rawatan Ketika Hari Raya

Menurut Pegawai Perubatan Mediklinik Sejahtera di Ipoh, Perak iaitu Dr Amrit Kaur Ragbir Singh, setiap kali menjelang musim perayaan, pesakit diabetes adalah golongan yang paling banyak mendapatkan rawatan.

Kebanyakan mereka datang ke klinik disebabkan tidak mengawal keseimbangan corak pemakanan. Mereka menganggap musim perayaan adalah masa untuk mengabaikan diet seimbang dan memilih makan makanan manis, berlemak, bergaram serta mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi.

Pegawai Perubatan Mediklinik Sejahtera di Ipoh, Perak iaitu Dr Amrit Kaur Ragbir Singh kepada Sinar Harian.

Malah, Dr Amrit turut menambah bahawa kegembiraan menikmati makanan di Hari Raya menyebabkan golongan ini terlupa untuk mematuhi jadual pengambilan ubat yang telah ditetapkan.

Memetik laporan Sinar Harian, Dr Amrit memaklumkan sekiranya golongan ini tidak mengawal pemakanan, ia boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius.

Jelasnya lagi, sekiranya paras glukosa dalam darah naik secara drastik, pesakit berkenaan boleh menghidap Diabetik Koma iaitu sejenis komplikasi diabetes yang mengancam nyawa dan boleh menyebabkan pesakit tidak sedarkan diri.

Situasi kedua pula, apabila paras gula dalam darah kekal tinggi untuk jangka masa lama, ia boleh mengakibatkan kerosakan saraf dan kegagalan buah pinggang. Seterusnya, penyakit arteri periferal pada bahagian kaki akan menyebabkan luka tidak dapat sembuh dan Retinopati Diabetik akan mengakibatkan penglihatan menjadi kabur atau buta.

Pegawai Perubatan Mediklinik Sejahtera di Ipoh, Perak iaitu Dr Amrit Kaur Ragbir Singh kepada Sinar Harian.

Lebih parah, golongan ini juga boleh mengalami serangan jantung serta angin ahmar.

Oleh disebabkan itu, Dr Amrit menyarankan pesakit diabetes untuk mengambil hidangan dalam kuantiti kecil secara berkala, berbanding kuantiti besar dalam satu masa.

Pilih makanan rendah kalori seperti sayur-sayuran, makanan kurang minyak, lemak dan santan. Saya juga syorkan mereka untuk makan makanan tinggi serat dan mengehadkan pengambilan juadah manis seperti dodol, wajik, kek, biskut serta kuih-muih. Pastikan minum air kosong dengan banyak dan kurangkan minuman berkarbonat serta tinggi gula.

Pegawai Perubatan Mediklinik Sejahtera di Ipoh, Perak iaitu Dr Amrit Kaur Ragbir Singh kepada Sinar Harian.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd