Now Reading
“I Find It Interesting” – Mat Saleh Terkejut 5 Benda Ini Popular Di Malaysia

“I Find It Interesting” – Mat Saleh Terkejut 5 Benda Ini Popular Di Malaysia

Jelas seorang lelaki berasal dari British yang dikenali sebagai Greg Larcombe, siri komedi Mr Bean merupakan rancangan kegemarannya sewaktu menetap di tanah air.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, setiap negara dalam dunia ini terdiri daripada pelbagai budaya dan tradisi mengikut persekitaran masing-masing.

Bagaimanapun, ada sahaja sesetengah perkara yang digemari rakyat Malaysia turut menjadi tumpuan di negara barat lain. Sebagai contoh dari aspek pemakanan.

Hal ini berkemungkinan kerana keunikan sesuatu perkara tersebut sehinggakan ia disukai oleh rata-rata individu tidak kira lokasi mereka berada.


Mat Saleh Tak Sangka 5 Perkara Ini Popular Di Malaysia

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@greggetseverywhere) apabila seorang warga British dikenali sebagai Greg Larcombe berkongsi beberapa perkara yang membuatkan dia terkejut selepas menetap di Malaysia.

Difahamkan, Greg telah berhijrah ke negara ini pada tahun 2011 lalu. Jelas lelaki itu, terdapat beberapa perkara yang dikatakan popular di tanah air turut mendapat sambutan hangat di Malaysia.

Antaranya adalah:

#1. Fisherman’s Friend

Yang pertama adalah jenama gula lozeng mentol, Fisherman’s Friend yang boleh didapati di mana-mana kedai runcit atau pasar raya. Greg juga melihat gula tersebut diiklankan kerap kali serata Malaysia.

Kalau anda nak tahu, gula-gula yang terdiri daripada pelbagai perisa itu berasal dari England.

Sumber: Tokopedia

Kata Greg, gula tersebut tidak sebegitu popular di United Kingdom (UK) jika dibandingkan dengan penerimaan warga tempatan di negara ini.

Kebiasaannya, Fisherman’s Friend dibeli oleh golongan berumur, para nelayan, ataupun mereka yang berasa kurang sedap badan.

#2. Watak Mr Bean

Seterusnya adalah siri komedi televisyen terkenal British Mr Bean. Lelaki itu berkata Mr Bean merupakan watak paling diminati selain membesar dengan menonton siri tersebut sewaktu menetap di tempat asalnya.

Greg berasa pelik apabila siri komedi itu turut mendapat sambutan yang sama oleh warga Malaysia. Tambah lelaki tersebut lagi, dia tidak sangka siri Mr Bean mendapat ditonton dari serata dunia.

Selain itu, dia turut meluahkan rasa bangga melihat kejayaan siri lawak tersebut selepas diterima orang ramai. Sehinggakan ada juga beberapa individu berkata ekspresi muka Greg adalah lebih kurang sama seperti Mr Bean!

Sumber: facts.net
#3. Kentang Bakar (Jacket Potatoes)

Greg berkata kentang bakar adalah sejenis snek yang boleh didapati di kebanyakan kedai makan sekitar UK. Bukan itu sahaja, snek yang ringkas dan hangat itu juga menjadi pilihan rakyat UK apabila mereka sedang bersantai di rumah kerana ia mudah untuk disediakan.

Greg mendapati kentang bakar ini ada dijual di Kenny Rogers Roasters. Walaupun ia tidak begitu popular pada tahun 2011, namun ramai warga tempatan pada waktu ini dikatakan amat menggemarinya.

Sumber: Pexels

Ia juga mungkin disebabkan oleh pengaruh Ben Newman lebih dikenali sebagai The Spudman yang menjual kentang bakar di Tamworth, Australia. Untuk info, kentang bakar oleh The Spudman sudah tular banyak kali di laman TikTok.

#4. Liga Perdana Inggeris (English Premier League)

Greg dalam masa sama menjelaskan bahawa dia tahu sukan bola sepak digemari orang ramai serata dunia, tetapi dia tidak menyangka Liga Perdana Inggeris secara terpericinya diminati kebanyakan peminat di Malaysia.

Lelaki itu berkata pada awalnya, dia hanya berfikir setiap individu akan meminati kumpulan pemain bola sepak dari tanah air masing-masing dan bukan dari negara luar.

Sumber: olympics.com

Apabila berjumpa dan bertemu ramah dengan masyarakat sekitar, segelintir daripada mereka akan bertanya tentang kumpulan bola sepak yang disokong oleh lelaki berkenaan.

#5. Muzik Genre Rock

Greg berkata dia tahu bahawa muzik bergenre rock secara umumnya didengari oleh orang ramai di setiap negara tetapi dia terkejut melihat minat yang ‘extra’ terhadap muzik berkenaan dari orang tempatan.

Menerusi pengalamannya apabila mengunjungi bar, dia sering melihat lagu rock dipersembahkan secara langsung di atas pentas. Dia juga memuji para penghibur yang berjaya menyampaikan instrumental rock dengan sangat baik.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Saya sangat suka melihat suasana rock yang meriah di sini (Malaysia). Saya anggap ia menarik apabila saya datang ke sini, muzik rock adalah sesuatu yang besar.

Greg Larcombe.
@greggetseverywhere 5 things I was surprised to find are popular in Malaysia 🇲🇾 Between coming to Malaysia in 2011 and now, these are a few things popular in Britain which I was surprised to find popular here #malaysia #malaysiatiktok #malaysian #uk #comparison ♬ Slow healing solo guitar(820043) – Shohei Yamaki

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Tentang Perkongsian Greg

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen berkata bahawa dia baru sahaja tahu Fisherman’s Friend berasal dari England.

Malah ada yang berkata Mr Bean dikenali ramai di Malaysia kerana siri itu ditayangkan dalam rancangan televisyen sejak usia kecil.

“Mr Bean popular di Malaysia kerana ia ditayang di televisyen,” ujar seorang individu.

Ramai juga bersetuju bahawa juadah kentang bakar adalah disebabkan pengaruh The Spudman sejak kebelakangan ini.

“Ya, Spudman adalah di antara sebab mengapa kentang jaket semakin popular di sini (Malaysia),” kata seorang lelaki.

Seorang lelaki berasal dari British dikenali sebagai Greg Larcombe berkata dia terkejut apabila melihat rakyat Malaysia menggemari rancangan Mr Bean.
Sumber: TikTok (@greggetseverywhere)

Baca Artikel Berkaitan: “Everyone Is Smiling” – Mat Saleh Beri Pandangan Pros & Cons Bercuti Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Mat Saleh Terbang Ke Malaysia Demi Sambut Ramadan, Kagum Dengar Laungan Azan

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd