Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati
Pasangan YouTuber dikenali sebagai ‘Bucket List Traveller’ berkongsi pengalaman mereka menaiki kereta api di Malaysia untuk bergerak dari satu negeri ke negeri lain.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan budaya serta sejarah masyarakat pelbagai kaum yang boleh dipelajari terutamanya kepada para pelancong.
Sebelum ini, pasangan pelancong dari Amerika Syarikat dilihat teruja apabila dapat berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pelancong tersebut berkesempatan untuk beramah mesra dengan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri ketika baginda secara spontan melawat rakyat sekitar Cameron Highlands, Pahang.
Pelancong Luah Rasa Sebak Ditemukan Dengan Rakyat Malaysia Yang Baik Ketika Menaiki Kereta Api
Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@luxentX), pasangan YouTuber Jay dan Jon menceritakan pengalaman mereka di Malaysia yang tidak dapat dilupakan.
Menurut pengguna Twitter itu, dia gemar melihat video pelancong berkunjung ke Malaysia. Salah satu video yang ditonton adalah pasangan yang menaiki kereta api ke Kelantan dan terharu apabila dipertemukan dengan ramai individu yang baik.
Selain terkenal dengan budaya dan sejarah, Malaysia juga dikenali dengan rakyatnya yang baik hati. Betul tak?
I like watching tourists visiting Malaysia videos. This couple took the train to Kelantan and was overwhelmed by how nice people were to them on the train. Generally Malaysians are pretty nice lot to tourist (especially if you're Caucasian). https://t.co/Jm9Ytj6vwZ pic.twitter.com/XdGSxU90bR
— Ooi Beng Cheang (@luxentX) May 9, 2023
Dalam video YouTube berdurasi sembilan minit itu, pasangan pelancong yang dikenali sebagai ‘Bucket List Traveller’ berkongsi pengalaman mereka menaiki kereta api di Malaysia untuk bergerak dari satu negeri ke negeri lain.
Dalam vlog Malaysia ini, kami akan tunjukkan kepada anda cara untuk mengembara di dalam Malaysia dengan kereta api. Kami akan dedahkan semua perkara yang anda perlu tahu tentang perjalanan dengan menaiki kereta api di Malaysia termasuklah dari segi kos, cara menempah tiket kereta api serta petua perjalanan supaya anda boleh merancang perjalanan dengan lebih lancar.
YouTuber Bucket List Travellers.
Perjalanan mereka yang bermula dari Kota Bharu, Kelantan menunjukkan beberapa perhentian yang dilakukan ketika menaiki kereta api KTM.
Sepanjang perjalanan itu, pasangan ini berpengalaman untuk mempelajari budaya, cara hidup, sejarah dan masyarakat serta beberapa tempat seperti Kuala Krai, Dabong, Gua Musang dan Kuala Lipis di Pahang.
Pada minit keenam video tersebut, pasangan YouTuber ini berbual dengan seorang lelaki yang baik hati memberikan mereka beberapa batang sate ikan ketika berada di dalam kereta api.
Sikap baik hati rakyat Malaysia membuatkan kami cukup terpukau. Walaupun kami hanya berborak sekejap sahaja dan masuk belum mengenali antara satu sama lain, tetapi mereka sudah memberikan kami makanan. Saya cukup terharu betapa baiknya sikap rakyat Malaysia.
YouTuber Bucket List Travellers.
Keadaan membuatkan mereka lebih sebak sehingga mengalirkan air mata apabila Jon bertemu dengan ramai rakyat tempatan yang baik hati sepanjang perjalanan.
Ada satu kumpulan murid sekolah yang seronok mempelajari bahasa Inggeris dengan kami. Mereka tidak mahu kami meninggalkan mereka sehingga saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal sebanyak tiga kali sebelum betul-betul beredar.
YouTuber Bucket List Travellers.
Ketika ditanya oleh pasanganya Jay tentang perasaan berada di Malaysia, Jon memberitahu dia berasa sangat seronok lebih-lebih lagi apabila dipertemukan dengan ramai rakyat Malaysia yang merendah diri.
Masyarakat di sini memang sangat ‘lovely’. Mereka sangat mengalu-alukan kedatangan kami dengan hati terbuka dan memberi banyak makanan. Kami beranggapan mungkin itu adalah ‘love language’ masyarakat di sini.
YouTuber Bucket List Travellers.
Selain Jay dan Jon, pelancong asing yang datang ke Malaysia juga meluahkan rasa yang sama apabila mereka ‘enjoy’ bercuti di negara ini.
BACA JUGA: [Video] Ditanya Tentang Ibadah Korban Oleh ‘Mat Salleh’, Jawapan UAI Terima Pujian Ramai
BACA JUGA: [Video] Gelagat Mat Salleh Selamba Ikut Ultras Sorak Di Stadium Jadi Perhatian Ramai
BACA JUGA: 2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.