Now Reading
[Video] 2 Mat Saleh Terbang Ke Malaysia Demi Sambut Ramadan, Kagum Dengar Laungan Azan

[Video] 2 Mat Saleh Terbang Ke Malaysia Demi Sambut Ramadan, Kagum Dengar Laungan Azan

Dua orang content creator ‘Mat Saleh’ dikenali sebagai Yusuf dan Rahim dilihat mengukirkan senyuman sewaktu mendengar laungan azan di sebuah masjid sekitar Seremban, Negeri Sembilan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dapat dinafikan suasana Ramadan di Malaysia amatlah meriah, di mana rata-rata masyarakat dilihat mengimarahkan masjid bagi menunaikan ibadah secara berjemaah.

Bukan sahaja teruja dengan jumlah jemaah yang ramai, malah ramai juga tidak melepaskan peluang untuk menghayati bacaan al-Quran dan laungan azan oleh bilal masjid.

Suara merdu bilal turut menjadi kegemaran Muslim di negara asing sehinggakan mereka sanggup terbang ke Malaysia agar mereka tidak terlepas menyambut bulan puasa di sini.


2 Mat Saleh Kagum Dengan Laungan Azan Merdu Di Malaysia

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@twowhitemuslims) menunjukkan dua ‘Mat Saleh’ Muslim dikenali sebagai Mohammad Yusuf dan Junaid Rahim berada di sebuah masjid sekitar Seremban, Negeri Sembilan.

Daripada perkongsian video tersebut, kelihatan Yusuf bersama Rahim yang juga pasangan YouTuber sedang menghayati laungan azan dikumandangkan oleh bilal.

Malah mereka juga dilihat mengukirkan senyuman seolah-olah betul-betul menjiwai suara merdu si muazin melafazkan laungan azan solat Subuh itu.

Beautiful azan here in Malaysia. Thank you Malaysia.

Mohammad Yusuff dan Junaid Rahim.
@twowhitemuslims Beautiful AZAAN here in MALAYSIA #malaysiatiktok #muslimtiktok #islam #azaan ♬ original sound – @twowhitemuslims

Netizen Setuju Laungan Azan Di Malaysia Merdu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat dua orang YouTuber tersebut tentang betapa indahnya laungan azan di negara ini.

“Bila duduk luar negara. Benda pertama aku rindu adalah laungan azan. Bertuahnya kita (rakyat Malaysia) duduk negara majoriti Islam,” kata seorang individu.

Sementara itu, ramai juga individu bukan beragama Islam berkata dia berasa tenang mendengar azan yang berkemundang. Siap ada yang sudah hafal alunan azan tersebut!

“Saya bukan seorang Muslim tetapi saya rasa damai dan tenang apabila mendengar azan dari masjid,” ujar seorang netizen.

Malah, ada juga orang bukan Muslim berpendapat bahawa azan yang sering dilaungkan di masjid mampu mengingatkan orang ramai tentang waktu pada ketika itu.

“Kawan saya India. Dia kata azan ni dapat mengingatkan dia tentang masa, tanpa tengok jam. Dia boleh agak waktu, Zohor 1.30, Asar 4.30, Maghrib 7.30 dan Isyak 8.30,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@twowhitemuslims)

Yusuf & Rahim Seronok Sambut Ramadan Di Malaysia

Kalau anda nak tahu, Yusuf dan Rahim sering membuat vlog mengisahkan budaya agama Islam yang diterapkan di pelbagai negara termasuklah Emiriah Arab Bersatu dan England.

Malah mereka berdua juga telah melawat Malaysia pada Ramadan tahun 2023 bagi merasai sambutan masyarakat setempat semasa bulan penuh mulia ini.

@twowhitemuslims Ramadan Mubarak! Malaysia 🇲🇾 🇲🇾 🇲🇾 here we come #malaysiatiktok #islam #malaysiatik #ramadanfood ♬ original sound – @twowhitemuslims

Oleh disebabkan kemeriahan yang tidak terhingga pada tahun lalu, mereka membuat keputusan untuk menyambut bulan Ramadan sekali lagi di negara ini.

Selain beribadah di pelbagai masjid seluruh negara, mereka juga berasa kagum dan teruja melihat bazar Ramadan yang terdiri dengan pelbagai jenis juadah menarik. Bukan itu sahaja, mereka juga telah menyertai sesi berbuka puasa dan bermesra bersama penduduk tempatan pada semalam (14 Mac).

@twowhitemuslims Preparing for Iftar at the NEGERI Ramadan Market #muslimtiktok #malaysiatiktok #iftar #ramadanfood ♬ original sound – @twowhitemuslims

Baca Artikel Berkaitan: 2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara

Baca Artikel Berkaitan: Wanita AS Peluk Islam Lepas Pelajari Al-Quran Untuk Fahami Kekuatan Diri Rakyat Palestin

Baca Artikel Berkaitan: Baru Peluk Islam, Mualaf Terima Banyak Sokongan Dari Orang Ramai [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd