Now Reading
2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara

2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara

Mereka berdua telah melafazkan dua kalimah syahadah sebelum kembali ke Tokyo, Jepun.

2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Membaca al-Quran adalah salah satu ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam. Jika dapat hafal beberapa surah seperti surah lazim dalam kitab suci ini pun sudah memadai.

Allah SWT menjanjikan ganjaran kepada hambanya yang sentiasa berdamping dengan al-Quran. Dengar sahaja pun sudah dapat pahala, inikan kalau kita membaca dan menghafalnya.

BACA JUGA: Rider Dipuji Luang Masa Baca Al-Quran. Ada Yang ‘Offer’ Berbuka Puasa Percuma Selama Sebulan!


2 Pelancong Wanita Dari Jepun Peluk Agama Islam Lepas Dengar Bacaan Ayat al-Quran

Keindahan alunan bacaan al-Quran bukan sahaja mendamaikan individu beragama Islam, malah ia juga menambat hati segelintir mereka yang menganut agama lain.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI), dua orang pelancong wanita dari Jepun telah memeluk agama Islam selepas mendengar bacaan ayat al-Quran.

Nak dijadikan cerita, JAWI sedang membuat Majlis Saringan Tilawah Al-Quran semalam (7 Mac) di Masjid Negara ketika dua orang pelancong itu melawati lokasi tersebut.

Salah seorang peserta acara tilawah itu berkesempatan untuk bertemu dengan dua orang pelancong berkenaan dan menyampaikan ilmu tentang keindahan ajaran agama Islam.

Siapa sangka, takdir telah menentukan mereka untuk terbuka menerima agama Islam dan terus melafazkan dua kalimah syahadah semalam sebelum kembali ke Tokyo, Jepun.

Ketika sebahagian orang terpaut hatinya kepada keindahan Islam, mengapa sebahagian kita masih tercari-cari dan meragui kebenarannya.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Orang Ramai Syukur Pelancong Jepun Terbuka Hati Peluk Agama Islam

Perkongsian kisah tentang dua orang pelancong dari Jepun yang memeluk agama Islam itu menerima reaksi positif dari netizen di media sosial.

Rata-ratanya meluahkan rasa syukur kerana mereka diberi hidayah dari Allah SWT untuk memeluk agama Islam sebelum kembali semula ke Jepun.

Sementara itu, ada juga yang menasihati agar pihak beragama Islam di Jepun dapat membimbing mereka berdua apabila sudah kembali ke Tokyo bagi mempelajari kehidupan sebagai penganut beragama Islam.


Sempena bulan Ramadan yang akan menjelang kurang dari sebulan lagi, jom sama-sama kita menghidupkan semula amalan membaca atau mengkhatam al-Quran.

Antara tips mudah untuk mengkhatam al-Quran adalah:

  • Khatam al-Quran sekali
    • Baca empat muka surat naskah al-Quran setiap kali selepas solat fardu. Jumlah sehari yang dibaca adalah 20 halaman.
  • Khatam al-Quran dua kali
    • Baca lapan muka surat naskah al-Quran setiap kali selepas solat fardu. Jumlah sehari yang dibaca adalah 40 halaman.
  • Khatam al-Quran tiga kali
    • Baca 12 muka surat naskah al-Quran setiap kali selepas solat fardu. Jumlah sehari yang dibaca adalah 120 halaman.

BACA JUGA: Tips Mudah Khatam Al-Quran 30 Juzuk Selama 30 Hari Di Bulan Ramadan

BACA JUGA: [Video] TikToker Ajak Orang Awam Sambung Ayat al-Quran Untuk Dapat RM50


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd