Now Reading
The Coffee Bean & Tea Leaf Perkenal Menu Sempena Ramadan Raya. Sharwama Pun Ada!

The Coffee Bean & Tea Leaf Perkenal Menu Sempena Ramadan Raya. Sharwama Pun Ada!

Untuk promosi Ramadan dan Raya tahun ini, CBTL menawarkan hidangan Timur Tengah seperti Fattoush Salad, Tortilla Chip with Hummus, dan Chicken Shawarma.

CBTL

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Untuk merayakan Ramadan dan Raya tahun ini, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk mencuba sendiri menu baharu mereka.

Riuh dan meriah dengan pelbagai juadah yang sedia untuk diterokai, bazar Ramadan telah menjadi satu tradisi yang istimewa buat seluruh rakyat Malaysia. Memetik ilham daripadanya, The Coffee Bean & Tea Leaf juga ingin meraikan semangat eksplorasi pelbagai rasa yang turut menjadi sumber pengerat silaturahim antara insan.

Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi di The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia.

Fiona dalam masa sama menjelaskan, bersempena Ramadan dan Raya tahun ini, CBTL ingin membawakan juadah-juadah yang menarik dan pelbagai, diilhamkan oleh citarasa orang ramai di dalam dan di luar negara.

Apa pun yang menjadi pilihan hati, kami ingin mempelawa anda untuk menikmatinya bersama insan tersayang berlatarkan kemesraan suasana kafe kami.

Fiona Rodrigues, Ketua Pemasaran & Inovasi di The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia.

“Explore The Heart of Raya”

Untuk musim Lebaran ini, minuman buatan tangan dari The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia pasti akan membuatkan anda terliur. CBTL kali ini dilihat menyediakan pelbagai pilihan untuk sesi berbuka puasa.

Antara pilihan kopi musim yang ada seperti:

  • Vanilla Cardamom Cold Brew Coffee.
  • Cardamom Oat Milk Macchiato.

Kedua-dua minuman ini memiliki pelbagai rempah yang kaya dengan aroma dan memberikan rasa unik. Cardamom Oat Milk Macchiato juga menjadi tambahan baru dalam senarai minuman berasaskan tumbuhan, disediakan oleh The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia.

Ice Blended juga merupakan pencuci mulut ikonik yang boleh diminum, dan kini turut menyaksikan penambahan menu baru bersempena Ramadan dan Raya ini, iaitu:

  • Mangoes & Cream Ice Blended.
  • Mangoes & Cream Cold Brew Tea.

Nikmati Juadah Makanan Di CBTL Bermula 22 Mac 2023

Sebagai hidangan pembuka, CBTL dengan bangganya membawa kembali hidangan kegemaran rakyat Malaysia iaitu kek span dengan perisa pandan dan gula Melaka yang dinamakan sebagai The Straits.

Hidangan ini turut disertai dengan pencuci mulut kaya dengan warisan negeri Melaka iaitu kek suji bernama Pine-Lemon Sugee.

Bagi peminat coklat atau buah-buahan, pasti akan memuaskan deria manis anda dengan kek Midnight Chocolate dan Mangoes & Cheese Tart.

Jika anda ingin mencuba sesuatu yang sedap segera, CBTL juga menyediakan Baklava Delight (disediakan di kedai-kedai yang terpilih* atau boleh ditempah secara online) atau pastri pusar, Cinnamon Raisin Swirl.

Chicken Sharwama (kiri). Baklava (kanan).

Selain itu, CBTL turut menawarkan hidangan Timur Tengah seperti Fattoush Salad, Tortilla Chip with Hummus, dan Chicken Shawarma. Wah, menarik betul!


Promosi Ramadan ‘Late Night Dessert Special’ CBTL

Bermula daripada hari pertama bulan Ramadan sehingga 21 April, jangan lepaskan promosi Ramadan Late Night Dessert Special** di mana anda boleh menikmati pencuci mulut secara percuma dengan setiap pembelian dua minuman buatan tangan dari jam 8 malam sehingga tutup.

Selain minuman dan menu baharu, koleksi pelbagai koleh dan tumbler daripada siri barangan Groovy Gulls juga boleh didapati di kafe CBTL!

Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd