DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Didakwa Tulis Komen Berbaur Perkauman Di Media Sosial
Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Isu perkauman adalah salah satu perkara yang cukup sensitif di Malaysia kerana masyarakat di negara ini terdiri daripada pelbagai jenis bangsa dan agama.
Malah, kerajaan Malaysia juga sudah memperuntukkan undang-undang seperti Seksyen 504 Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu kesalahan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) iaitu kesalahan menghasut bagi mengelakkan masyarakat sesuka hati menimbulkan isu perkauman.
Oleh itu isu melibatkan perkauman perlu dicegah sebaik mungkin bagi mengelakkan dari berlakunya sebarang perselisihan faham.
Pengusaha Kedai Ayam Goreng Didakwa Tulis Komen Berbaur Perkauman
Baru-baru ini, kecoh satu isu yang dibangkitkan oleh seorang pengguna laman X (@najib_bakar_) di mana sebuah kedai restoran makanan segera milik peniaga tempatan didakwa telah mengeluarkan komen berbaur perkauman.
Situasi ini dipercayai bermula selepas pengendali yang menjaga akaun Facebook perniagaan itu mahu memberi maklum balas kepada netizen yang mengulas tentang harga jualan mereka yang dikatakan agak mahal.
Namun, komen yang dikeluarkan oleh pihak restoran berkenaan pula menyentuh sebuah kaum yang dakwanya cuba untuk memburukkan perniagaan milik mereka.
Perkara yang berlaku ini secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan masyarakat kerana melibatkan sentimen perkauman yang sepatutnya tidak diusik.
Meskipun tidak menyebut mana-mana kaum, namun ramai netizen percaya terma ‘Type C’ yang digunakan dipercayai merujuk kepada bangsa Cina.
Darsa Fried Chicken ni Chinese restaurant? Tu ka maksudnya type C? 😅
— Najib Bakar (@najib_bakar_) May 6, 2024
Why kecilkan market segment? Why? Contohilah Ramly burger. Semua bangsa suka.
Hg bagi servis terbaik, menu sedap, harga berpatutan, kualiti sama di setiap outlet, SOP cekap, insya Allah semua bangsa suka. pic.twitter.com/Yku4lLSvka
Sebagai seorang type-C, sumpah I only knew about Darsa because of my Malay friends here hahahahaha and I even thought to myself maybe I should review the place, like yes I understand many people say the price is quite high BUT WHAT IF the ayam is sedap? Then there's this type of… https://t.co/0GJZ1nwyJb pic.twitter.com/nWFzrWQaTV
— Ceddy (@CeddyOrNot) May 6, 2024
DarSA Fried Chicken Buat Permohonan Maaf
Susulan timbulnya isu tersebut, pihak DarSA Fried Chicken tampil membuat permohonan maaf menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook mereka.
Jelas mereka, kesalahan berkenaan adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan dan berkemungkinan ia berlaku disebabkan oleh terlalu banyak komen yang berunsur negatif sehingga mengganggu fokus kerja.
Kami memohon maaf dan mengakui ia adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan. Mungkin terlalu banyak komen yang berunsur menjatuhkan sedikit sebanyak mengganggu fokus admin kami.
DarSA Fried Chicken
Mereka juga mengambil keputusan untuk tidak menjawab sebarang isu bagi mengelakkan kesilapan berulang.
Maka kami telah memutuskan untuk tidak menjawab apa-apa isu selepas ini untuk mengelakkan kesilapan yang berulang. Kami hanya akan menjawab tentang isu mengenai operasi dan perkara berkaitan yang tidak melibatkan pihak lain.
DarSA Fried Chicken.
Bagi menjernihkan keadaan, pihak mereka menjemput semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, agama dan bangsa untuk ke restoran mereka.
Sebagai info, restoran DarSA Fried Chicken yang merupakan perniagaan 100% milikan bumiputera ini baru sahaja membuka cawangan pertama mereka pada 29 April lalu di Rawang, Selangor.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.