Ceddy Perjelas Kenapa DarSA Fried Chicken Belum Dapat Sijil Halal JAKIM
Ceddy menjelaskan dia tidak berniat untuk ‘back up’ DarSA Fried Chicken tetapi hanya bercakap berdasarkan fakta tentang siijl halal mengikut laman web Sistem Pensijilan Halal Malaysia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Walaupun baru sahaja dibuka pada 29 April lalu, nama sebuah restoran makanan segera tempatan iaitu DarSA Fried Chicken (DFC) telah dikenali ramai selepas terpalit dengan kontroversi dakwaan komen ‘Type C’ yang berbaur perkauman.
Pihak DarSA Fried Chicken kemudiannya tampil membuat permohonan maaf menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook.
Jelas mereka, kesalahan berkenaan adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan dan berkemungkinan ia berlaku disebabkan oleh terlalu banyak komen yang berunsur negatif sehingga mengganggu fokus kerja.
Baca Artikel Berkaitan: DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Didakwa Tulis Komen Berbaur Perkauman Di Media Sosial
Ceddy Tampil Perjelaskan Mengapa DarSA Fried Chicken Belum Miliki Sijil Halal
Selepas baru sahaja reda kes dakwaan komen bersifat ‘racist’, timbul satu lagi isu yang dibangkitkan oleh orang ramai kepada restoran makanan segera terbabit, iaitu melibatkan sijil halal.
Sesetengah netizen mula mempersoal sama ada DFC memiliki sijil halal atau tidak.
Terpanggil untuk menjawab tentang isu sijil halal ini, influencer terkenal iaitu Ceddy tampil memberi penjelasan menerusi video dimuat naik di laman TikTok miliknya (@cedddyornot) tentang mengapa DFC belum mendapat sijil halal.
Jelas Ceddy, isu sijil halal ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana restoran DFC itu baru sahaja dibuka kurang dari tempoh sebulan.
Influencer tersebut juga memberitahu dia tidak berniat untuk ‘back up’ DarSA Fried Chicken tetapi hanya bercakap berdasarkan fakta tentang siijl halal mengikut laman web Sistem Pensijilan Halal Malaysia.
Of course lah dia tidak diiktiraf halal lagi sebab dia baru je buka. Bukan I nak back up diaorang, I back up I dapat apa, I kan type C. Tapi kalau kalau korang ikutkan halal.gov.my, ada requirement kalau sembang bab permohonan sahaja, kedai itu kena beroperasi sepenuhnya sebelum dia boleh memohon.
Ceddy.
Ceddy menegaskan bahawa restoran berkenaan perlu beroperasi sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan untuk membolehkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melakukan pemantauan dari pelbagai aspek.
Selain ramuan makanan, antara perkara yang akan dipantau adalah seperti keseluruhan premis dan bangunan.
Ada orang tanya kenapa dia kena beroperasi dulu sebelum dia memohon. Sijil halal ni bukan pasal ramuan je tau, kena tengok dia punya premis dan bangunan. Semuanya kena ikut panduan. Bukan senang nak dapat sijil halal.
Ceddy.
Di akhir video, Ceddy menasihati orang ramai agar elak untuk berkunjung ke restoran tersebut sekiranya mempunyai perasaan was-was.
Ini Penjelasan Tentang Sijil Halal Dari DarSA Fried Chicken
Peka dengan isu sijil halal melibatkan perniagaan mereka, DarSA Fried Chicken menerusi kenyataan dimuat naik di laman Facebook telah tampil memberikan penjelasan.
Jelas mereka, DarSA Fried Chicken adalah 100% milik bumiputera dan sedang berusaha untuk mendapatkan sijil halal dari JAKIM.
Kami akan sedaya upaya mengutamakan produk muslim dan disusuli produk keluaran Malaysia yang semestinya ada Halal JAKIM dalam semua produk keluaran kami ini. Kami juga dalam proses mendapatkan Halal JAKIM untuk produk kami sendiri. Doakan.
DarSA Fried Chicken.
Pada masa yang sama, DFC turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong perniagaan mereka.
Secara ringkasnya, orang Muslim yang berniaga tidak perlu mendapatkan sijil halal untuk membuktikan status halal makanan mereka. Namun, kelebihan memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dapat menguatkan lagi jenama mereka dalam konteks kebersihan.
Ini kerana SPHM bukan sekadar menyentuh aspek halal, malah kebersihan dan elemen utama untuk melakukan pemasaran antaranya memasuki pasar raya.
Menurut bekas Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, suatu makanan itu dihukumkan sebagai halal dan harus untuk dimakan dan diambil manfaatnya selagi mana tiada bukti yang menunjukkan kepada hal yang sebaliknya.
“Tidak kira makanan itu dijual di pasaraya-pasaraya besar mahupun gerai-gerai kecil. Lebih-lebih lagi jika penjualnya adalah orang Islam atau daripada produk pengusaha Muslim — sekalipun tidak ada logo halal — kerana kebiasaannya bahan-bahan yang digunakan adalah halal sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak,” kata Dr Zulkifli.
Proses Sijil Halal Dipendekkan Ke 30 Hari
Menerusi pembentangan Belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober 2023, kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan halal buat premis makanan daripada 51 hari ke 30 hari sahaja.
Halal Development Corporation (HDC) bersama-sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan berusaha untuk memudahkan kaedah pemprosesan pensijilan halal tersebut khususnya untuk urusan mengeksport produk halal.
Menurut Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff, penilaian dan kajian secara terperinci dilakukan pihaknya dengan kerjasama Malaysian Productivity Corporation (MPC).
“Ini untuk memastikan kaedah implementasi bersesuaian dilaksana bermula peringkat prapensijilan sehingga pascapensijilan halal,” ulasnya.
Sebelum ini, JAKIM pernah menjelaskan persepsi bahawa permohonan mendapatkan sijil halal susah dan mahal adalah tidak benar.
Sebaliknya bekas Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sijil halal itu adalah berharga demi menjaga standard.
Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Proses Sijil Halal Kini Hanya Ambil Masa 30 Hari Sahaja
Baca Artikel Berkaitan: JAKIM Dedah Lebih 70% Pemegang Sijil Halal Di Malaysia Adalah Bukan Bumiputera
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.