Now Reading
[Video] Dr Malar Perjelas Kolestrol Dalam Santan Kelapa Hanya Mitos Semata

[Video] Dr Malar Perjelas Kolestrol Dalam Santan Kelapa Hanya Mitos Semata

Jelas Dr Malar, orang ramai sering menfitnah dan mengatakan pengambilan santan kelapa mampu mengundang kolestrol tinggi kepada tubuh badan manusia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang sedang berdiet ketika ini, sudah pasti anda akan mengelakkan jenis makanan berlemak serta berkolestrol tinggi. Secara kebiasaannya golongan itu akan menjauhi makanan yang mengandungi santan kelapa kerana dikatakan tidak sihat.

Namun adakah anda sedar bahawa kenyataan itu merupakan fakta yang salah?


Dr Malar Perjelas Santan Kelapa Tiada Kolestrol

Baru-baru ini, influencer dan pakar perubatan terkenal, Dr Malar menerusi satu hantaran di laman TikTok (@CelotehDrMalar) telah berkongsi ilmu tentang bahan masakan yang sering digunakan orang ramai iaitu santan kelapa.

Menerusi satu temu bual dihadiri, Dr Malar menjelaskan bahawa santan kelapa adalah sihat dan tidak mengandungi kolestrol seperti yang diperkatakan oleh sesetengah individu.

“Kalaulah santan tu manusia, dah lama dah dia saman kita semua sebab kena fitnah. Bahan ni sebenarnya dah berkurun kena fitnah sebab orang kata santan ni penyebab kolestrol tinggi. Saya nak buat pengakuan bagi pihak santan di sini, bahawa ia tiada kolestrol,” jelasnya.

https://www.tiktok.com/@drmalarss/video/7330223167778360577?_r

Makanan Berasal Daripada Tumbuhan Tiada Kolestrol

Berbicara dengan lebih lanjut mengenainya, doktor itu berkata bahawa santan kelapa berasal daripada tumbuh-tumbuhan semula jadi. Jelasnya, bahan yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan tidak mempunyai sebarang kandungan kolestrol.

Perkongsian itu bagaimanapun telah mencetus perdebatan selepas seorang individu berkata pakar diet di Klinik Kesihatan memintanya untuk tidak makan makanan bersantan serta berlemak.

Mengulas lebih lanjut tentang isu itu, Dr Malar berkata buah kelapa secara saintifiknya memang tiada kolestrol.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa santan mempunyai lemak tepu yang boleh mendorong kepada penghasilan kolestrol oleh tubuh badan manusia jika diambil secara berlebihan. Tegasnya, kolestrol tersebut datang daripada badan anda sendiri dan bukannya daripada santan berkenaan.

Ulas Dr Malar lagi, makanan berasaskan haiwan sahaja yang terbukti dapat menghasilkan kolestrol secara langsung.


Jenis Makanan Yang Boleh Tingkatkan Kolestrol Badan

Dalam masa sama, Dr Malar turut berkongsi perkara lain yang boleh mengundang penghasilan kolestrol bahaya buat individu iaitu makanan berproses seperti nuget, sosej, margerin, aiskrim, burger dan sebagainya.

Malah, makanan bergoreng juga dikategorikan dalam jenis makanan yang boleh mengundang kolestrol tinggi.

Sementara itu, doktor tersebut sempat memberikan pandangannya di mana tidak salah untuk seseorang itu makan makanan bersantan sekali sekala dalam rutin harian.

Perkara yang paling penting adalah untuk sentiasa mengawal kalori keseluruhan yang diambil dalam masa sehari dan kurangkan pengambilan lemak tepu. Lemak tepu hanya disarankan diambil sebanyak 10% sahaja daripada pengambilan kalori seharian.

https://www.tiktok.com/@drmalarss/video/7330297069128649986

Kebaikan Santan Kelapa

Berikut kami sertakan juga kebaikan penggunaan atau pengambilan santan kelapa dalam makanan. Antaranya:

  • Digunakan dalam syampu untuk menggalakkan rambut yang lebat serta sihat.
  • Mempunyai vitamin dan mineral yang baik untuk badan.
  • Dijadikan sebagai agen pemanis dalam masakan.
  • Mencegah kerosakan sel badan manusia.
  • Meningkatkan imunisasi badan seseorang.
Sumber: Pexels/Unsplash

Baca Artikel Berkaitan: Santan Muncul Dengan Menu Baharu Ramadan. Siap Ada Nasi Lemak Goreng!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd