Now Reading
Santan Muncul Dengan Menu Baharu Ramadan. Siap Ada Nasi Lemak Goreng!

Santan Muncul Dengan Menu Baharu Ramadan. Siap Ada Nasi Lemak Goreng!

Promosi Ramadan Syawal Fiesta Santan ini bermula dari 3 April sehingga penghujung Mei 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Santan kini telah melancarkan dua menu baharu sempena Ramadan & Raya.

Diberikan gelaran ‘Ramadan Syawal Fiesta’, ia terdiri daripada dua hidangan klasik dengan kelainan iaitu Nasi Lemak Daging Serai & Sambal Kacang serta Nasi Lemak Goreng Daging Serai & Sambal Kacang serta dilengkapi dengan Sambal Kangkung.

Sebagai pencuci mulut pula, anda juga boleh dapatkan hidangan Puding Kelapa sejuk serta Sirap Bandung yang menyegarkan dalam gelas tinggi.

Nasi Lemak Goreng?! Macam mana itu? Tak mengapa, mari kami ringkaskan satu per satu tentang menu baharu keluaran Santan sempena Ramadan tahun ini.

1. Nasi Lemak Daging Serai & Sambal Kacang.

Nasi Lemak Pak Nasser yang lazat dihidangkan dengan hirisan daging yang lembut diperap semalaman dengan adunan serai wangi dan rempah ratus. Digoreng dengan sempurna dan dikaramelkan pada permukaan untuk menerbitkan rasa yang mendalam. Dilengkapkan dengan sos kacang yang sederhana pedas, ia menawarkan perisa yang sempurna.

2. Nasi Lemak Goreng Daging Serai & Sambal Kacang.

Satu kelainan pada Nasi Lemak klasik, versi “goreng’ ini sama lazatnya. Nasi lemak yang dimasak dengan sempurna, digoreng dengan Sambal Pak Nasser khas dan dilengkapkan dengan hidangan telur mata. Rempahnya yang aromatik, bergabung dengan ikan bilis yang digoreng rangup dan kacang menambahkan keenakannya.

Team kami dah cuba sendiri menu baharu ini. Tak mengecewakan.
(Kredit gambar: Siti Murni/TRP)

P.S: Team TRP dah cuba sendiri menu baharu ini, personal favorite kami adalah Nasi Lemak Goreng Daging Serai & Sambal Kacang. Menu ini kami boleh bagi 5 bintang!

Hidangan Nasi Lemak ala-carte ini dipadankan dengan protein pilihan anda bermula pada harga serendah RM9.90. Manakala hidangan kombo dipadankan dengan minuman berharga RM12.90.

Promosi Ramadan Syawal Fiesta ini bermula dari 3 April sehingga penghujung Mei 2022.

Menu baharu ini boleh didapati di semua cawangan Santan airasia untuk makan di restoran, bawa pulang ataupun untuk penghantaran di airasia food serta platform penghantaran dalam talian yang lain.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd