Now Reading
Leher Jemaah Dicekik Gara-gara Rapatkan Saf Sehingga Terkena Kaki

Leher Jemaah Dicekik Gara-gara Rapatkan Saf Sehingga Terkena Kaki

Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki yang menjadi mangsa itu tidak memberi sebarang reaksi terhadap tindakan warga emas tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Solat jemaah adalah satu ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam kerana Allah SWT akan melipat gandakan pahala sehingga 27 kali ganda kepada mereka yang melakukannya.

Dalam mengimarahkan masjid untuk solat jemaah, terdapat beberapa sikap segelintir jemaah yang menimbulkan isu dan dibimbangi boleh mengganggu kualiti ibadah.

Antara perkara yang dibangkitkan adalah tentang susunan saf ketika menunaikan solat secara berjemaah.

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] “Sakit Jiwa Aku Tengok” – Sikap Jemaah Wanita Tidak Rapatkan Saf Di Masjid Undang Perhatian


Jemaah Lelaki Dipercayai Dicekik Kerana Bersentuhan Kaki Selepas Rapatkan Saf Solat

Menerusi video dimuat naik oleh penyampai radio ZAYAN FM iaitu Anas Tahir di laman TikTok miliknya (@aanastahirr), individu ini mendakwa seorang jemaah warga emas telah mencekik jemaah lelaki di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam selepas selesai menunaikan solat Maghrib.

Situasi tersebut dipercayai berlaku gara-gara jemaah muda itu merapatkan saf sehingga bersentuhan kaki dengan warga emas dipercayai yang berada di sebelahnya.

Kejadian yang berlaku turut dilihat oleh jemaah lain termasuklah penyampai radio ini yang berada di barisan belakang.

Imam baru bagi salam, tak sempat nak wirid. Tiba-tiba ada seorang pakcik cekak leher budak tu dari belakang. Ingatkan member sebab dia pegang tu kuat lain macam.

Anas Tahir

Difahamkan pak cik berkenaan turut ‘lock’ tangan jemaah terbabit sambil menjerit untuk berbincang di bahagian belakang masjid.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: eCentral)

Namun apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki yang menjadi mangsa itu tidak memberi sebarang reaksi terhadap tindakan warga emas tersebut.

Kesabaran yang ditunjukkan oleh pemuda berkenaan dipuji oleh penyampai radio berkenaan meskipun berdepan kekerasan yang dilakukan oleh jemaah terbabit.

Cara dia cekik tu pun bukan biasa-biasa siap boleh lock lagi tu, boleh tergeliat tangan. Saya memang tabik dengan budak muda tu sebab dia tak melawan pak cik yang lebih tua. Memang penyabar sungguh budaknya.

Anas Tahir.

Katanya pemuda itu sering dilihat menunaikan solat jemaah di masjid tersebut dan menganggap insiden ini sebagai ujian kepada warga emas terbabit.

Di akhir video, Anas sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk sentiasa bersabar kerana berpendapat golongan yang paling kuat di dunia adalah mereka yang mampu untuk terus bersabar dalam keadaan marah.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 919,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

@aanastahirr

Sorry la kena share jugak. Budak tu rapatkan saf je. Bercakap pun lembut. Xde kurang ajar nye. Ko yg lengkap pakai kopiah, baju melayu, kain peli at bagai. Aku mmg hilang hormat betul dgn ko. Kesian budak tu.

♬ original sound – Anas Tahir – Anas Tahir

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Dengar Kisah Tentang Jemaah Masjid Itu

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memberikan pelbagai reaksi selepas mendengar kisah diceritakan oleh penyampai radio itu.

Sesetengah netizen mempersoalkan tindakan warga emas berkenaan yang memarahi jemaah muda berkenaan kerana merapatkan saf sehingga bersentuhan kaki.

“Rapatkan saf pun kena marah,” kata netizen

Walau bagaimanapun, ada netizen yang menganggap pak cik tersebut bertindak sedemikian kerana solat dengan selesa oleh kerana mengalami kaki yang sukar untuk bergerak.

Sementara itu, netizen juga memberi pujian kepada pemuda berkenaan kerana tidak melawan dan hanya bersabar dengan dugaan yang dihadapinya itu.

“Bagus didikan ibu bapa budak tu. Tinggi tahap kesabaran,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Adab Melakukan Solat Jemaah

Memetik sumber laman web Zulfikri Al-Bakri, antara adab-adab untuk solat berjemaah adalah dengan memastikan saf dilurus dan dirapikan.

Disunatkan untuk imam agar tidak memulakan solat sebelum saf diluruskan dan disunatkan juga mengarahkan makmum di belakang untuk meluruskan saf.

Para jemaah juga boleh saling meyempurnakan saf jika terlihat kecacatan pada barisan tersebut. Ini kerana ia termasuk di dalam amar makruf bagi kesempurnaan solat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd