[Video] Isteri Terharu Suami Papar Gambar Di Billboard Times Square New York
Papan iklan di Times Square, New York itu mempamerkan beberapa gambar Shera dan suaminya ketika bercuti di serata dunia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
“Happy wife, happy life”.
Mesti para suami pernah dengan kata-kata seperti ini kan? Bila kita buat isteri gembira, secara tak langsung para suami pun akan lebih tenang apabila melihat orang tersayang semakin bahagia.
Bila bercakap tentang cara untuk membahagiakan isteri, setiap orang ada cara masing-masing. Sebagai contoh, belikan kuih kegemaran isteri setiap kali lepas balik kerja pun dah boleh buat mereka gembira.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Suami Senyap-senyap Renovate Rumah, Reaksi Isteri Buat Ramai Tersentuh Hati
Baca Artikel Berkaitan: Hadiahkan Isteri Kasut Baru, Suami Terkejut Rezeki Masuk Sekelip Mata Dalam 1 Hari
Suami Gigih Paparkan Gambar Bersama Isteri Di Billboard Times Square New York
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@sherafoodie), seorang wanita dikenali sebagai Shera telah berkongsi satu kenangan yang cukup menggembirakan hatinya ketika berada di New York, Amerika Syarikat bersama suaminya.
Dalam video tersebut, dia dilihat sedang bergambar dengan papan iklan bersaiz gergasi yang popular di Times Square, New York sebelum suaminya meminta wanita berkenaan untuk berpusing.
Pada awalnya, Shera hanya berpusing seperti biasa dan menyangka ia hanyalah untuk rakaman video oleh suaminya.
Sambil berpusing, suaminya meminta dia untuk melihat pada papan iklan besar yang jelas terpampang beberapa gambar mereka ketika bercuti bersama-sama di serata dunia.
Selepas menyedari wajahnya terpampang pada papan tersebut, wajah Shera menunjukkan reaksi terkejut dan terharu dengan kejutan dilakukan oleh suaminya itu.
Beberapa orang awam yang berada di kawasan sekitar mereka juga melihat tayangan pada papan berkenaan ketika melihat reaksi Shera.
Oleh kerana mahu mengingati kenangan tersebut, Shera segera mengambil gambar papan berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.
Video di TikTok ini telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 409,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
Netizen Tumpang Rasa Gembira
Ruangan komen video berkenaan dipenuhi dengan pelbagai reaksi netizen yang turut tumpang gembira melihat usaha suami pengguna TikTok itu untuk menggembirakan isterinya.
Malah, ada juga yang katanya sehingga menangis terharu selepas menonton video tersebut.
Pada masa yang sama, netizen turut mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia selama-lamanya
“Lain daripada lain effort suami awak Masha-Allah. Semoga bahagia selalu amin ya rabal alamin,” kata netizen.
Bagaimana Iklan Berbayar Itu Dilakukan?
Sebelum ini, influencer terkenal di Malaysia iaitu Ivor Xianz juga pernah berkongsi pengalamannya memasarkan iklan bagi produk jualannya di papan iklan di Times Square, New York.
Ivor memberitahu bahawa harga untuk membeli satu papan iklan memang agak mahal iaitu berharga sekurang-kurangnya $5,000 (RM22,919) sehari bergantung kepada lokasi dan sama ada ia berbentuk imej atau video.
Tetapi sesetengah syarikat pula bijak melakukan strategi perniagaan mereka dengan membeli papan iklan selama satu bulan dan membuka slot 15 saat untuk mana-mana individu atau jenama yang berminat dengan harga berpatutan.
Memandangkan dia tidak mempunyai video iklan HYGR yang sesuai untuk dipaparkan pada papan iklan semasa berada di ke Amerika Syarikat, dia hanya merakam video ringkas dirinya menggunakan produk lip balm jualannya di tandas.
Walaupun hanya video saat akhir, tetapi dia berjaya keluar pada skrin besar di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai dari seluruh dunia.
Ivor juga mendedahkan kos tersebut adalah sekitar RM183 ($40) untuk tempoh 15 saat.
Baca Artikel Berkaitan: TikToker Malaysia Dedah Kos Bayar Papan Iklan 15 Saat Di Times Square, New York
Baca Artikel Berkaitan: Dolla Di Billboard Gergasi New York City!
Baca Artikel Berkaitan: Nasi Lemak Village Park Terpampang Di Papan Digital Times Square New York!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.