[Foto] “Sakit Jiwa Aku Tengok” – Sikap Jemaah Wanita Tidak Rapatkan Saf Di Masjid Undang Perhatian
Menurut seorang wanita dikenali sebagai Nadhra, segelintir jemaah tidak merapatkan saf ketika solat berjemaah dengan alasan mereka mahu menjaga anak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kemeriahan sambutan bulan Ramadan tahun ini dapat dirasai apabila ramai masyarakat hadir ke masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah.
Bukan sahaja kaum Adam, malah golongan wanita serta anak-anak kecil juga tidak terkecuali bagi mengimarahkan suasana beribadah di rumah Allah SWT.
Namun kebelakangan ini, timbul beberapa isu melibatkan jemaah di surau dan masjid hingga menjadi topik perbualan di media sosial.
Wanita Tak Rapatkan Saf Ketika Solat Berjemaah
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook (Nadhra Tun Naeim) menyaksikan situasi kariah sebuah masjid sedang menunaikan solat secara berjemaah.
Menerusi foto yang dikongsi, kelihatan jemaah lelaki yang berada di barisan hadapan berdiri dan merapatkan saf dengan cara yang betul.
Namun di bahagian para jemaah wanita pula adalah sebaliknya, di mana banyak kelompongan kelihatan di antara mereka.
Oleh disebabkan situasi tersebut, Nadhra menerusi hantarannya meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir wanita yang berdegil untuk solat di masjid dan melakukan perkara itu.
Tambahnya lagi, dia tidak boleh menerima alasan sesetengah wanita yang enggan merapatkan saf kerana terpaksa menjaga anak kecil yang dibawa sekali ke masjid.
Tak semua, tapi inilah dia perempuan, menyibuk! Dari sebelum solat, sampailah dalam solat. Kalau kau nak join, kau kena betul-betul dari awal. Peduli lantak la alasan kau, (jaga) anak kecil ke nak istinjak ke, sape suruh kau lawan fitrah?
Nadhra.
Segelintir Kanak-kanak Ganggu Jemaah Masjid
Dalam pada itu, Nadhrah turut meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap segelintir anak-anak kecil yang dibiarkan sahaja oleh ibu bapa semasa dibawa ke masjid.
Ulasnya, kanak-kanak yang tidak terkawal akan mengganggu jemaah lain untuk menunaikan solat dengan khusyuk.
Lepastu anak-anak kau ganggu jemaah lain. Tak payah, baliklah. Latih dulu anak kau. Dengan kau tu sekali latih tubi dulu. Kita dah besar, kita dah tua, patut tunjuk (sikap) yang benar benar sahaja.
Nadhra.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Kanak-kanak Lelaki Pukul Kepala & Lompat Atas Jemaah Ketika Solat Buat Netizen Tergamam
Perkongsian itu kemudian mendapat pelbagai reaksi daripada netizen selepas dimuat naik semula di laman X (Twitter @TweetIslamik).
Netizen Kecewa Lihat Aksi Segelintir Jemaah Wanita Tak Rapatkan Saf
Rata-rata netizen dilihat meluahkan kekecewaan melihat sikap segelintir individu yang tidak menitik beratkan jarak saf semasa menunaikan solat berjemaah.
“Waktu solat pun tak nak rapatkan saf, sempat lagi nak fikirkan perihal dunia. Astaghfirullah,” kata seorang lelaki.
Malah, ada yang berpendapat bahawa jemaah lelaki harus menegur dengan tegas sekiranya terlihat situasi seperti itu berlaku di tempat beribadah.
“Memandangkan perempuan sesama perempuan pun tak bersatu teguh antara mereka dalam sembahyang berjemaah, rasanya jemaah lelaki yang garang atau tegas kena sound supaya jemaah perempuan supaya saf mereka dirapatkan dan tiada jarak,” jelas seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga di kalangan warganet berkongsi pengalaman sama yang pernah dilalui sebelum ini.
“Dua tiga hari dah tegur sejak puasa tahun ni. Semua kena jeling dengan makcik-makcik tu hahaha tak faham aku. Sampai ke sudah diorang tak gerak langsung. Makcik yang pakai kerusi elok je bergerak. Aduh manusia,” ujar seorang wanita.
Wanita Lebih Afdal Solat Di Rumah
Memetik pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat dua hadis yang menunjukkan bahawa tempat yang terbaik bagi seorang wanita untuk menunaikan solat adalah di rumah.
Dua hadis tersebut adalah riwayat Sunan Abi Daud, No. 570 dan riwayat Imam Ahmad, No. 26550.
Mengenai ganjaran pahala pula, pahala 27 kali ganda akan dikurniakan kepada mereka yang menunaikan solat secara berjemaah walaupun bukan di masjid atau di surau.
Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Umar menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ تَفْضُلُ صَلاَةَ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرَجَةً”
Maksudnya: “Solat berjemaah itu lebih baik (afdhal) daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh kali ganda.”
[Hadis riwayat Bukhari, No. 645]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kanak-kanak Halang Pintu Masuk Masjid Cetus Perdebatan Netizen
Baca Artikel Berkaitan: Jemaah Wanita Bawa Anak Dihalau Dari Ruangan Utama Masjid? Ini Apa Yang Sebenarnya Berlaku
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram