Now Reading
[Video] 2 Sekawan Nak Buat Kejutan Kehamilan, Tapi Ada Plot Twist

[Video] 2 Sekawan Nak Buat Kejutan Kehamilan, Tapi Ada Plot Twist

Mereka berdua dilihat saling menunjukkan ‘bukti’ kehamilan sebagai kejutan ketika sedang merakam video tersebut di dalam kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi pasangan yang sudah berkahwin, kehadiran cahaya mata adalah satu berita yang sangat menggembirakan.

Cuba korang bagitahu tentang berita gembira ini kepada ahli keluarga mahupun rakan-rakan, pasti mereka juga akan teruja dan tidak sabar menanti kelahiran si comel.

Siap ada yang sempat membuat video untuk merakam reaksi seseorang semasa diberitahu tentang kehamilan mereka seperti mana yang dilakukan oleh dua orang sahabat.


Dua Sahabat Baik Terkejut Dengan Berita Kehamilan Masing-masing

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@nhudabahrin), wanita ini baru sahaja memasuki kereta bersama rakan karibnya dan sengaja meletakkan telefon di dashboard kereta untuk merakam video.

Ketika video dirakam, pengguna TikTok bernama Huda itu menceritakan rakannya bertanya sama ada dia sedang hamil tetapi cuba menafikan perkara tersebut.

Tidak lama selepas itu, rakannya bernama Ween pula bertanya, “Nampak macam aku pregnant tak?” tetapi dia juga cuba untuk menyembunyikan berita kehamilan.

Senang kata, dua-dua pihak pada awalnya cuba merahsiakan bahawa mereka sedang mengandung sebelum membuat pendedahan.

Sumber: TikTok @nhudabahrin

Dalam diam, Ween mengeluarkan buku pink yang didaftarkan untuk anaknya dari laci di bahagian tempat duduk untuk ditunjukkan kepada Huda.

Ketika keterujaan mereka berdua itu, Huda juga secara senyap-senyap menyeluk tangannya ke dalam beg bagi mengambil gambar bayinya yang diimbas dalam bentuk 2 dimensi untuk ditunjukkan kepada sahabatnya.

Keadaan menjadi lebih riuh dengan kejutan tentang kehamilan darinya pula sebelum mereka berdua saling bertepuk tangan kerana tidak menyangka dengan situasi tersebut.

Huda menceritakan video yang dimuat naik itu merupakan rakaman tahun lalu dan kini mereka berdua sudah bergelar ibu selepas melahirkan bayi pada bulan Mac lalu.

Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 584,600 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@nhudabahrin/video/7369176330765602049

Netizen Pun Terhibur Lihat Reaksi Kejutan Hamil Dari Mereka Berdua

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga terhibur melihat gelagat mereka berdua yang mahu memberikan kejutan kepada satu sama lain tentang kehamilan mereka berdua.

Siap katanya ada yang menonton video tersebut berulang kali.

“Saya tengok banyak kali sebab comel. Siap la korang bulan 3 nanti berjaga malam sama-sama,” ujar netizen.

Selain itu, seorang netizen lain menceritakan mereka pernah berdepan situasi sama apabila hamil dalam tempoh yang sama dengan rakan sekerja di pejabat.

“Masa kerja dulu, seorang hamil berjangkit semua sampai HR pun mengandung,” kata netizen.

Ramai juga yang tumpang gembira dengan berita kehamilan mereka lebih-lebih lagi apabila mereka berdua adalah sahabat karib.

“Betul orang cakap. Kalau dah true bestie, semua benda nak berjangkit,” kata netizen.

Sumber: TikTok @nhudabahrin

Rezeki betul dapat hamil sama-sama dengan kawan baik. Bolehlah nanti cerita pengalaman sepanjang mereka hamil dan bersalin. Mana tahu nanti boleh saling bertukar tips untuk menjaga bayi kan? Comel je!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kondisi Para Isteri Selepas Bersalin Yang Suami Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Boleh Hamil Ketika Mengandung. Betul Ke?

Baca Artikel Berkaitan:Muka Berubah Jadi Tua & Berkerut, Ibu Hamil Bersyukur Suami Tetap Puji Cantik


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd