Now Reading
[Video] Ini Gaya Penampilan Nikah Terbaik Buat Wanita Berhijab, Paling Penting Kena ‘On Point’!

[Video] Ini Gaya Penampilan Nikah Terbaik Buat Wanita Berhijab, Paling Penting Kena ‘On Point’!

Seorang perunding imej dikenali sebagai Wawa Idris berkata warna baju pernikahan yang paling sesuai untuk diperagakan adalah warna putih.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tibanya majlis pernikahan, sudah pasti anda mahu segala urusan berjalan lancar. Mana tidaknya, momen sebegitu jarang sekali berlaku dan berkemungkinan hanya melaluinya sekali sahaja dalam hidup anda.

Bukan sahaja dari segi makan minum tetamu, tetapi penampilan anda sebagai pengantin perempuan juga adalah penting.

Barulah gembira dan berpuas hati apabila tengok balik gambar yang diambil sewaktu majlis pernikahan.


Wanita Kongsi Penampilan Sesuai Ketika Bernikah Buat Pengantin Berhijab

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@wawa.idris), apabila seorang perunding imej dikenali sebagai Wawa berkongsi beberapa tips yang boleh dilakukan oleh golongan Hawa berhijab semasa majlis pernikahan berlangsung.

Jelas Wawa, pernikahan adalah satu majlis yang sepatutnya kelihatan simple dan klasik kerana memori semasa hari tersebut akan ditonton oleh anak cucu anda pada masa akan datang.

Buat mereka yang akan bergelar raja sehari tidak lama lagi, jangan lupa take note! Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:

#1. Pemilihan Warna Baju

Buat mereka yang pening kepala nak pilih warna apa untuk majlis akad nikah, Wawa menyarankan anda untuk memilih warna putih yang menjadi pilihan rata-rata orang ramai pada ketika ini.

Sekiranya anda tidak yakin dengan warna cerah tersebut, anda boleh memilih ton warna pastel yang lebih embut.

Dari aspek potongan baju pula, anda boleh menyarungkan jenis baju kurung klasik, kebaya atau dress muslimah yang tidak melekat pada tubuh badan.

Sumber: Shafika Maslan/Carousell
#2. Gaya & Jenis Tudung

Perkara kedua yang memainkan peranan kepada penampilan seseorang pengantin pada hari istimewanya adalah tudung. Mana tidaknya, kalau sebut tentang tudung sudah tentu semua wanita di luar sana mahu hijabnya sentiasa ‘on point’.

Sumber: TikTok (@wawa.idris)

Adalah penting untuk setiap pengantin memilih gaya tudung yang kemas dan tidak serabut. Pemilihan jenis kain tudung yang sesuai pada hari pernikahan adalah seperti:

  • Chiffon
  • Satin lace
  • Songket

Pemilihan anak tudung yang terletak elok pada bahagian kepala juga adalah penting bagi memastikan anak rambut tidak terkeluar daripada hijab.

#3. Saiz Baju Nikah

Benda ketiga harus diberi perhatian adalah saiz baju nikah yang anda akan peragakan depan orang ramai.

Buat mereka yang memiliki tubuh badan yang agak besar atau ‘plus size’, anda perlu membeli set bengkung berkualiti tinggi bagi menyokong badan anda sepanjang majlis.

Bengkung itu juga berperanan untuk memastikan baju yang dipakai elok terletak pada badan.

Sumber: Carousell/TikTok (@wawa.idris)
#4. Upah Makeup Artis (MUA) Yang Boleh Dipercayai

Kalau anda perasan, sudah banyak individu di luar sana yang menawarkan servis makeup. Pun begitu, bukan semua di kalangan mereka menghasilkan kerja yang baik.

Seperti dilihat di media sosial, kadangkala ada sahaja pengantin wanita yang meluahkan rasa kecewa dengan hasil solekan oleh MUA mereka.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Instagram (@ojxbeauty)

Oleh disebabkan itu, anda disarankan untuk melabur sedikit wang sekiranya mempunyai bajet lebih bagi mendapatkan penampilan yang anda inginkan semasa majlis tersebut.

Sekali sekala, apa salahnya!

@wawa.idris Replying to @Nonos 🐢 Gaya baju nikah wanita berhijab. #PerundingImej #wanita #elegan #bajunikah #tiktokguru ♬ original sound – Wawa Idris Perunding Imej

Tips Susun Atur Cara Majlis Nikah Dalam Tempoh Lima Jam Sahaja

Kepada pasangan yang bercadang untuk melakukan majlis akad nikah dengan jemputan tetamu yang minimum, berikut adalah tips untuk anda menyusun masa dengan baik dalam tempoh lima jam.

Sumber: Instagram (@bungapelamin)
  • Dua jam pertama:
    • tempoh dua jam pertama akan diperuntukkan untuk bakal pengantin berhias, berdandan dan sebagainya.
  • Dua jam seterusnya:
    • Bermulanya majlis akad nikah melibatkan upacara menyarung cincin, mengambil gambar bersama ahli keluarga serta rakan terdekat.
  • Satu jam terakhir:
    • Aktiviti untuk jam terakhir adalah sesi bergambar dengan jurugambar. Dalam tempoh satu jam ini memang cukup je kalau dah tahu lokasi untuk bergambar indoor atau outdoor.

Kepada bakal pengantin di luar sana, good luck! Semoga urusan pernikahan anda berjalan dengan lancar.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Tips Untuk Bakal Pengantin Semasa ‘Final Fitting’ Baju Nikah

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Tips ‘Extra’ Untuk Persediaan Majlis Sanding Buat Bakal Pengantin. Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Kongsi Fungsi Sebenar ‘Bridesmaid’ Di Majlis Kahwin. Bukan Hanya Bergambar & ‘Tayang Muka’ Ya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd