Now Reading
Pengantin Perempuan Rebah Ketika Sesi Bergambar Gara-gara Penat Melampau

Pengantin Perempuan Rebah Ketika Sesi Bergambar Gara-gara Penat Melampau

Menurut bridesmaid dikenali sebagai Hanna, pengantin berasa kepenatan kerana telah melakukan sesi bergambar di luar sejurus selesai majlis akad nikah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bergelar ‘Raja Sehari’ merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu oleh pasangan di luar sana selepas berusaha menghalalkan hubungan.

Sebagai pasangan pengantin, sudah pasti golongan tersebut mahukan yang terbaik semasa berlangsungnya majlis perkahwinan. Mana tidaknya, itulah waktu di mana mempelai menyambut hari bahagia mereka dengan insan-insan tersayang.

Namun begitu, banyak juga kes majlis resepsi yang tidak berjalan lancar seperti diharapkan.


Pengantin Perempuan Pengsan Semasa Majlis Perkahwinan

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@kaktonletop), menyaksikan pengantin perempuan dikenali sebagai Farah Zurkanaini pengsan ketika acara sesi bergambar yang berlarutan sehingga jam 3 pagi.

Namun begitu, mujur si suami yang sedang memegang pasangannya sempat mengelak daripada terhempap badan Farah ketika jatuh atas karpet putih.

Difahamkan, sesi bergambar pada majlis resepsi itu dilakukan selepas kesemua tetamu sudah pulang.

Sumber: TikTok (@kaktonletop)

Pengantin Bergambar Outdoor Selepas Akad Nikah

Farah dipercayai mengalami keletihan melampau akibat meluangkan masa bagi mempersiapkan majlis istimewanya itu.

Sebab tu orang cakap nak jadi pengantin ni kena ready mental dan fizikal. Tidak boleh penat, kena cukup tidur dan kurang stres. Hari bahagia sekali sahaja seumur hidup, kena jaga diri okay buat bakal-bakal pengantin!

Rakan pengantin.

Menurut pemilik akaun TikTok dikenali sebagai Hanna yang juga merupakan salah seorang ‘bridesmaid’, pengantin telah melakukan sesi bergambar di luar (outdoor) sejurus selesai sahaja proses akad nikah.

Sumber: TikTok (@kaktonletop)

Tambahan pula, pengantin juga difahamkan menganjurkan majlis perkahwinan sebanyak tiga kali secara keseluruhannya. Perkara tersebut berkemungkinan mengundang kepada keadaan Farah yang sudah lemah dan kepenatan.

Sumber: TikTok (@kaktonletop)

Sekadar info, hantaran ini telah meraih tumpuan orang ramai dengan jumlah tontonan hampir 2 juta setakat 5 petang hari ini (27 Februari).

@kaktonletop

Sebab tu org cakap nak jadi pengantin ni kena ready mental dan fizikal,xleh penat,kne cukup tdo,xleh stress.Hari bahagia sekali jer seumur hidup,kena jaga diri ok untuk bakal2 pengantin! . #fy #fyp #xyzbca #pengantinviral #wedding

♬ original sound – Hanna Lee Simmons – Hanna Lee Simmons

Netizen Nasihat Bakal Pengantin Dapatkan Rehat Secukupnya

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa risau dengan keadaan pengantin yang tidak mendapatkan rehat mencukupi.

Sementara itu, ada juga individu sempat berkongsi pengalaman lebih kurang sama yang pernah dilalui semasa bergelar pengantin dahulu.

“Penat sangat semasa majlis kahwin. Tak boleh rehat sebab nak layan tetamu. Bangun awal nak bersolek, bersiap apa semua dengan berdebarnya. Ada aircond pun rasa panas,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@kaktonletop)

Dalam kesempatan itu, ramai juga netizen dilihat menitipkan pesanan buat bakal pengantin agar sentiasa mendapatkan rehat yang cukup lebih-lebih lagi jika tarikh majlis semakin hampir.

“Pengantin kena rehat daripada buat apa-apa kerja. Tolong-tolong majlis pun dah tak payah buat. Bagi saudara-mara je lakukan. Selepas itu, semasa hari kejadian, tolong jaga makan sikit,” tegas seorang individu.

Sumber: TikTok (@kaktonletop)

Apa Perlu Buat Sebelum Majlis Kahwin?

Buat mereka yang bergelar pengantin tidak lama lagi, sudah tentu anda berasa gementar dan cemas untuk menunggu hari pernikahan.

Namun usah risau, di sini kami kongsikan panduan tentang perkara yang perlu dilakukan sebelum anda bernikah atau mengadakan majlis perkahwinan. Take note!

Antaranya:

#1. Tidur Lebih Awal

Tidur awal adalah penting bagi memastikan para pengantin mendapatkan tenaga yang mencukupi bagi melalui hari pernikahan anda. Tidur juga mampu menghasilkan seri muka yang segar kepada si mempelai.

Sumber: Pexels
#2. Manjakan Diri

Menghampiri tarikh pernikahan, semestinya anda akan berasa panik. Bagi melegakan stres serta ketegangan, anda boleh memanjakan diri dengan mendapatkan rawatan rapi di spa, manicure dan pedicure (penjagaan kuku tangan dan kaki) serta facial.

Sumber: Pexels
#3. Bau Aroma Terapi

Antara petua berasa ‘relax’ semasa hari perkahwinan dan mendapatkan tidur lena pada masa sebelumnya adalah dengan menghirup aroma terapi yang mengandungi bau bunga Chamomile dan Lavender.

Sumber: Pexels
#4. Dengar Lagu Kegemaran Anda

Bukan sahaja aroma terapi, mendengar lagu kegemaran dalam playlist anda juga mendorong kepada mood yang baik dan mengurangkan kegelisahan seseorang.

Sumber: Pexels
#5. Jangan Lewat Bersarapan

Mengalas perut dengan sarapan pada awal pagi adalah penting bagi memastikan anda mempunyai tenaga cukup untuk menempuh hari majlis perkahwinan yang panjang itu.

Kalau tiada tenaga, sudah pasti anda akan cepat berasa lapar dan ‘moody’ sepanjang majlis.

Sumber: Unsplash

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Tips ‘Extra’ Untuk Persediaan Majlis Sanding Buat Bakal Pengantin. Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Tips Untuk Bakal Pengantin Semasa ‘Final Fitting’ Baju Nikah

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Kongsi Fungsi Sebenar ‘Bridesmaid’ Di Majlis Kahwin. Bukan Hanya Bergambar & ‘Tayang Muka’ Ya!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd