Now Reading
Netizen Kongsi Fungsi Sebenar ‘Bridesmaid’ Di Majlis Kahwin. Bukan Hanya Bergambar & ‘Tayang Muka’ Ya!

Netizen Kongsi Fungsi Sebenar ‘Bridesmaid’ Di Majlis Kahwin. Bukan Hanya Bergambar & ‘Tayang Muka’ Ya!

Antara tugas ‘bridesmaid’ ketika majlis kahwin adalah menjaga telefon bimbit pengantin dan membawakan sandal ketika sesi bergambar di kawasan ‘outdoor’.

Dipilih Sebagai Pengapit, Apa Yang Anda Perlu Buat Sebenarnya?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sesetengah pengantin lelaki dan perempuan akan memilih beberapa individu dalam kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan sebagai ‘bridesmaid’ ketika majlis perkahwinan mereka.

Barisan ‘bridesmaid’ yang dipilih juga selalunya akan memakai busana berwarna sedondon dan berada di samping pengantin bagi memastikan perjalanan majlis berjalan lancar.

Tetapi tidak semua ‘bridesmaid’ yang faham dengan tugas mereka sehingga ada pengantin meluahkan rasa kecewa apabila ‘bridesmaid’ yang dipilih hanya ‘goyang kaki’ dan bergambar sahaja.

BACA JUGA: Jurusolek Cerita Pengalaman Berdepan Dengan Pengapit Tak Guna


Tugas-tugas Sebagai ‘Bridesmaid’ Kepada Pengantin

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter (@hatisayalembut), wanita ini berkongsi beberapa perkara yang dilakukannya apabila dipilih sebagai’bridesmaid’ kepada rakannya.

Antara perkara yang dilakukan adalah seperti:

  • Menjaga telefon pengantin.
  • Bawakan tisu atau kain untuk lap muka pengantin ketika sesi bergambar di kawasan terbuka supaya mekap pada muka tidak rosak.
  • Mengipas pengantin supaya mereka tidak terlalu banyak berpeluh dan boleh merosakan mekap.
  • Membawa sandal untuk pengantin jika mereka sudah sakit kaki memakai kasut tumit tinggi.
  • Layankan segala permintaan pengantin kerana mereka adalah ‘raja sehari’.
  • Ikhlaskan segala perkara yang dilakukan untuk membuatkan pengantin berasa gembira pada hari istimewa mereka.

Netizen Kongsi Pengalaman Mereka Pula Sebagai ‘Bridesmaid’ Kepada Pengantin

Perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna Twitter itu juga membuatkan sesetengah netizen turut menceritakan pengalaman mereka sebagai ‘bridesmaid’.

Ada di antara mereka yang menyediakan beg yang diberi nama ‘bride kit’ dan mengisinya dengan barangan keperluan seperti air mineral, kipas, powerbank dan tisu.

Malah, segelintir netizen pula berkongsi pengalaman sama apabila terpaksa berjalan tanpa kasut kerana pengantin mengadu tidak larat memakai kasut tumit tinggi untuk berjalan ketika sesi bergambar ‘outdoor’.

Dalam pada itu, ramai netizen turut memuji cara pengguna Twitter ini yang memainkan peranannya dengan baik sebagai ‘bridesmaid’ kepada pengantin. Siap ada yang memberi gelaran ‘bridesmaids dari syurga’ ya.


Asal Usul Tentang ‘Bridesmaid’

Mesti anda pernah terfikir, macam mana boleh wujudnya peranan sebagai ‘bridesmaid’ ketika majlis perkahwinan? Dari zaman bila wujudnya tradisi ini?

Untuk pengetahuan anda, ‘bridesmaid‘ yang sudah wujud sejak zaman Rom Kuno dahulunya diambil dalam kalangan pekerja domestik yang boleh menguruskan segala keperluan pengantin.

Kalau anda perasan, kebanyakan ‘bridesmaid’ akan memakai warna baju yang sedondon kan?

Namun, masyarakat zaman dahulu percaya bahawa ‘bridesmaid’ perlu mengenakan warna baju yang sama dengan pengantin bagi melindungi pengantin daripada ‘roh’ jahat.

Melalui cara tersebut, individu yang berniat jahat kepada pengantin akan keliru dengan pengantin yang sebenar.

BACA JUGA: Pening Cari Hadiah Untuk Pengantin? Ini Antara Barang Yang ‘Function’

BACA JUGA: Pengantin Lelaki 23 Tahun Mohon Maaf Tentang Isu Tular Rakan Beri Hadiah Tak Senonoh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd