Now Reading
Pening Cari Hadiah Untuk Pengantin? Ini Antara Barang Yang ‘Function’

Pening Cari Hadiah Untuk Pengantin? Ini Antara Barang Yang ‘Function’

Antara barang yang boleh diberi sebagai hadiah adalah seperti vakum tanpa wayar, periuk nasi, penggoreng udara (air fryer) dan sebagainya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Boleh dikatakan hampir tiap-tiap minggu dapat jemputan kenduri kahwin.

Kadang-kadang tu hampir dua tiga jemputan kenduri jugalah yang diterima pada hari yang sama.

Maklumlah, usia makin meningkat. Kawan-kawan pun sudah mula memasuki fasa alam perkahwinan.

Sebagai tanda tahniah, kita mesti nak berikan sesuatu kepada pasangan pengantin, betul tak? Tapi, pening kepala juga nak belikan hadiah apa untuk mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Salwa Azman berkongsi beberapa barangan rumah yang boleh diberikan sebagai hadiah kepada pasangan yang baru berkahwin.

Antara barang-barangnya adalah seperti berikut:

1. Bekas penuang beras (Rice dispenser)

Berguna juga bekas penuang beras ini sebab sudah siap ukuran beras dan air untuk menanak nasi. Harga pun boleh tahan murah.

Kredit: Twitter @qtpiee

2. Rak pinggan

Rak pinggan yang bersaiz kecil ini memang sesuai sangat untuk mereka yang duduk serumah bersama dua hingga tiga orang.

Kredit: Twitter @qtpiee

3. Penggoreng udara (Air fryer)

Bila ada penggoreng udara (air fryer), automatik kita boleh multitask. Betul tak?

Memang senang sangat. Cuma masukkan bahan yang ingin digoreng ke dalam air fryer dan tunggu sehingga masak. Siap!

Sementara tunggu tu bolehlah kemas rumah dulu.

Kredit: Twitter @qtpiee

4. Alat memotong

Set ini memang pun berguna juga sebab sudah lengkap dengan gunting, papan pemotong serta beberapa jenis pisau.

Kredit: Twitter @qtpiee

5. Rak tandas

Rak ini boleh menjadikan tandas nampak lebih kemas dan teratur. Yang paling best, rak ini ada kemudahan untuk memicit ubat gigi tau. Memang syok!

Kredit: Twitter @qtpiee

6. Pengisar

Alat ini boleh dikatakan sebagai ‘life saver’. Urusan nak memasak jadi lebih cepat dan mudah. Tak perlu bersusah payah nak tumbuk pakai batu lesung.

Kredit: Twitter @qtpiee

7. Mop jenis semburan

Mop seperti ini memang akan memudahkan urusan mengemas rumah. Hanya perlu spray dan tak perlu lagi nak usung baldi air merata-rata tempat.

Kredit: Twitter @qtpiee

8. Seterika jenis wap

Iron yang menggunakan air ini memang berguna betul. Cepat je kedutan pada baju hilang. Nak gosok baju suami last minit pun tak ada masalah.

Kredit: Twitter @qtpiee

9. Vakum tanpa wayar (Cordless vacuum)

Dengan adanya vakum seperti ini, memang senanglah nak bersihkan rumah selepas ini. Tak perlu lagi bersusah payah nak tarik wayar sepanjang-panjang yang mungkin.

Kredit: Twitter @qtpiee

10. Pengisar mudah alih (Portable blender)

Selain itu, pengisar mudah alih pun best juga. Lepas habis kisar, boleh terus bawa pergi pejabat atau keluar berjalan.

Kredit: Twitter @qtpiee

Banyak lagi sebenarnya barang yang boleh diberi sebagai hadiah. Contohnya seperti berikut:

  • Apron
  • Pemanas cawan
  • Penggulung telur dadar
  • Penapis udara
  • Periuk nasi
  • Penyedut habuk
  • Pembakar roti

Senang kata, bagi je hadiah seperti barang keperluan rumah. Memang berguna sangat untuk pasangan yang baru berkahwin.

Mana tahu dengan hadiah seperti itu dapat kurangkan beban mereka. Maklumlah, baru nak mulakan hidup baharu sebagai pasangan suami isteri.

Sekarang kita yang bagi hadiah, mana tahu nanti giliran kita pula yang terima hadiah.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd