Now Reading
Pengantin Lelaki 23 Tahun Mohon Maaf Tentang Isu Tular Rakan Beri Hadiah Tak Senonoh

Pengantin Lelaki 23 Tahun Mohon Maaf Tentang Isu Tular Rakan Beri Hadiah Tak Senonoh

Dari segi Islam, pemberian hadiah tidak senonoh kepada pengantin adalah HARAM dan BERDOSA.

beri hadiah tidak senonooh kepada pengantin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila umur sudah menginjak dewasa, ramai yang mula mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hati. Boleh dikatakan setiap minggu jugalah dapat jemputan ke kenduri kahwin di merata tempat.

Sebagai tanda tahniah, kita mesti nak berikan sesuatu kepada pasangan pengantin, betul tak? Antara barang-barang yang boleh dihadiahkan adalah seperti penggoreng udara (air fryer) atau seterika.

BACA JUGA: Pening Cari Hadiah Untuk Pengantin? Ini Antara Barang Yang ‘Function’

Terima hadiah tak senonoh dari kawan

Namun lain pula situasi yang tular baru-baru ini apabila sekumpulan lelaki memberi hadiah tidak senonoh kepada pasangan pengantin.

Menerusi video yang tular itu, kelihatan beberapa pemuda mengeluarkan kotak berisi kondom daripada poket seluar serta bungkusan sebelum menyerahkannya kepada pengantin lelaki yang sedang bersanding di atas pelamin.

Video tersebut yang juga dimuat naik di laman Twitter (MALAYSIAVIRALL) telah meraih satu juta tontonan setakat artikel ini ditulis dan menerima reaksi kurang senang dari warganet.

Netizen anggap gurauan tak kena tempat

Tindakan mereka yang dikatakan ingin bergurau dengan pengantin lelaki telah mengundang kecaman hebat daripada netizen di media sosial.

Rata-rata netizen menganggap tindakan sekumpulan pemuda itu kurang beradab dan tidak sesuai dengan majlis.

Pengantin minta maaf atas pihak rakan

Video asalnya yang dimuat naik oleh pengantin lelaki itu sendiri kini telah dipadam dari laman TikTok miliknya.

Menururt laporan media, pengantin lelaki itu yang dikenali sebagai Pokbey tampil memohon maaf bagi pihak rakan-rakannya dan tidak menyangka bahawa video tersebut akan tular.

Saya sebagai pengantin ingin memohon maaf terhadap video yang dimuat naik sehingga mendapat kecaman hebat daripada orang ramai. Saya minta maaf bagi pihak rakan-rakan saya.

Pengantin lelaki, Pokbey.

Pengantin berusia 23 tahun itu turut menasihatkan orang ramai supaya menjadikan perkara ini sebagai pengajaran untuk tidak melakukannya di majlis keramaian.

Sumber: TikTok/pokbeyyy_01

Hukum dari segi Islam

Video yang tular itu juga telah mendapat perhatian salah seorang pendakwah iaitu Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Menurut beliau, perbuatan memberikan hadiah tidak senonoh seperti kondom dan permainan seks hukumnya adalah HARAM dan BERDOSA kerana menjatuhkan aib suami isteri, keluarga pengantin dan tetamu yang hadir.

Amalan tersebut tidak boleh dilakukan kerana Nabi Muhammad SAW sendiri memuliakan majlis perkahwinan.

Malah ada riwayat Rasulullah SAW meminta para sahabat yang dijemput ke majlis perkahwinan yang sedang berpuasa sunat untuk berbuka puasa. Sampai begitu sekali Rasulullah memuliakan pengantin dan keluarga.

Pendakwah Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Beliau turut menasihati anak-anak muda di luar sana untuk menjaga adab ketika menghadiri majlis perkahwinan termasuklah dari segi pemberian hadiah dan juga sesi bergambar.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd