Now Reading
Pengantin Bengang Ada Individu Tak Dijemput Selamba Makan Free Di Kenduri Kahwin

Pengantin Bengang Ada Individu Tak Dijemput Selamba Makan Free Di Kenduri Kahwin

Salah seorang tetamu di majlis perkahwinan itu memaklumkan ‘jiran palsu’ berkenaan berkata mereka terpaksa duduk secara rawak kerana hadir lewat gara-gara kesesakan lalu lintas.

selamba makan di kenduri kahwin

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang pergi ke kenduri kahwin, mesti korang akan terjumpa dengan pelbagai jenis ragam tetamu di sana.

Ada sesetengah tetamu terutamanya kaum ibu akan pening kepala untuk menjaga anak kecil mereka yang suka berlari ke sana sini ketika di dalam dewan kenduri kahwin berkenaan.

Namun, ada segelintir tetamu pula selamba membawa balik atau tapau beberapa jenis kuih yang dihidangkan meskipun kenduri kahwin itu masih belum selesai.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Makcik Di Kenduri Kahwin Mahu ‘Tapau’ Lauk Siap-siap Ketika Majlis Belum Bermula

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tetamu ‘Kantoi’ Kaut Kuih Di Majlis Perkahwinan Untuk Dibawa Pulang. Amboi Kak!


Tetamu Tidak Diundang Selamba Makan Di Kenduri Kahwin

Dalam satu majlis kenduri kahwin, beberapa individu dikatakan selamba menjamu selera di majlis tersebut walaupun tidak diundang sebagai salah seorang tetamu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook milik pengantin itu sendiri pada Selasa lalu (7 November), dia menggelar individu berkenaan sebagai penceroboh majlis perkahwinan atau lebih popular dengan gelaran ‘wedding crasher’.

Tindakan mereka itu membuatkan pengantin wanita berkenaan bengang kerana ramai tetamu jemputannya yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan tidak mempunyai tempat duduk.

Ini kerana setiap tempat duduk telah dikhaskan untuk tetamu secara spesifik.

Apabila mereka dihalau dari meja, mereka berpindah ke meja lain pula. Jadi setiap tetamu yang baru tiba merungut kerana mendakwa tempat duduk mereka telah diambil.

Pengantin wanita, Jacqueline Ng.

Pengantin tersebut sempat melihat wajah mereka menerusi gambar yang diambil sendiri oleh tetamu jemputannya ketika kenduri tersebut.

Selepas melihat gambar tersebut, dia mendakwa tidak mengenali sekumpulan individu terbabit yang dikatakan berlakon sebagai jirannya.

Malah, salah seorang tetamunya memaklumkan ‘jiran palsu’ itu berkata mereka terpaksa duduk di mana-mana tempat kerana hadir lewat berikutan kesesakan lalu lintas.

Bengang dengan situasi yang berlaku, pengantin berkenaan meminta maaf atas perkara yang berlaku kepada tetamunya ketika malam tersebut.

Menurut laporan Sin Chew Daily, ini bukan kali pertama ‘jiran palsu’ berkenaan berbuat demikian, malah mereka sudah beberapa kali menghadiri kenduri kahwin seseorang tanpa dijemput dengan sengaja kerana mahu mengisi perutnya secara percuma.


Ramai Netizen Pun Bengang Dengan Individu Yang Selamba Makan Di Kenduri Kahwin Orang lain

Dalam hantaran tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh ramai netizen. Boleh dikatakan rata-ratanya kurang senang melihat tindakan sekumpulan individu yang selamba menjamu selera di kenduri kahwin seseorang tanpa mendapat jemputan.

Malah, ada juga netizen yang pelik melihat kewujudan sesetengah individu seperti itu yang dikatakan tidak tahu malu.

Segelintir netizen pula memahami rasa bengang yang dialami oleh pengantin itu kerana bukan mudah untuk merancang majlis perkahwinan untuk menjadikan ia sempurna pada hari tersebut.

Sumber: Facebook

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd