Now Reading
[Video] Tetamu ‘Kantoi’ Kaut Kuih Di Majlis Perkahwinan Untuk Dibawa Pulang. Amboi Kak!

[Video] Tetamu ‘Kantoi’ Kaut Kuih Di Majlis Perkahwinan Untuk Dibawa Pulang. Amboi Kak!

Habis semua kuih dimasukkan ke dalam beg plastik untuk dibawa pulang walaupun majlis perkahwinan belum tamat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila pergi kenduri kahwin, macam-macam jenis orang yang kita boleh jumpa.

Ada yang gembira bila dapat berkumpul dengan kawan-kawan, ada yang jenis fikir nak makan je, dan sesetengahnya pula jenis suka merakam setiap saat kerana terlalu teruja.

Menerusi video yang tular di TikTok, gelagat seorang wanita di sebuah majlis perkahwinan mendapat perhatian ramai selepas dia ‘kantoi’ melakukan aksi yang kurang menyenangkan.

Mana tidaknya, wanita itu dilihat dengan selambanya dan tanpa berasa malu mengambil kesemua kuih-muih di dalam pinggan dan memasukkan ke dalam beg plastik untuk dibawa balik.

Kalau korang tengok, memang licin habis pinggan yang berisi kuih itu.

https://www.tiktok.com/@aayurahayuuu/video/7079291519470996763?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Fikirlah orang lain juga

Tidak dinafikan memang ada segelintir individu yang menganggap perbuatan membawa pulang makanan walaupun majlis belum selesai itu adalah perkara biasa.

Namun ramai yang berpendapat tindakan tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana majlis masih berlangsung.

Ada yang beranggapan mungkin wanita itu berbuat sedemikian kerana tidak mahu membazir. Tetapi dalam masa sama, dia kena fikir juga tentang tetamu lain yang hadir pada majlis tersebut.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Indonesia dan beberapa netizen memberitahu bahawa wanita berkenaan adalah salah seorang keluarga tuan rumah.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd