Now Reading
Wanita Kongsi Tips Untuk Bakal Pengantin Semasa ‘Final Fitting’ Baju Nikah

Wanita Kongsi Tips Untuk Bakal Pengantin Semasa ‘Final Fitting’ Baju Nikah

Antara tips untuk bakal pengantin ketika mencuba baju nikah buat kali terakhir adalah berjalan dengan kasut tumit tinggi serta stokin yang akan dipakai semasa majlis perkahwinan.

tips waktu final fitting baju nikah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkahwinan adalah antara majlis istimewa dalam hidup seseorang apabila mereka bakal disatukan dengan pasangan pilihan masing-masing.

Persiapan untuk mendirikan rumah tangga ini boleh dikatakan mengambil masa berbulan-bulan kerana melibatkan beberapa urusan dokumen penting, tempahan lokasi dan makanan tetamu, doorgift dan sebagainya.

Pada masa yang sama, bakal pengantin juga perlu mencuba sendiri pakaian untuk majlis nikah mereka bagi memastikan segalanya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecacatan.


Tips Untuk Bakal Pengantin Ketika Mencuba Baju Nikah Untuk Kali Terakhir Sebelum Majlis

Menerusi bebenang yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X (Twitter @ctjamil92), wanita ini berkongsi tips kepada bakal pengantin di luar sana ketika mencuba pakaian nikah mereka buat kali terakhir (final fitting) sebelum majlis perkahwinan.

Wanita ini menjelaskan tips yang dimaklumkan itu diterima dari pihak butik sendiri iaitu wajib untuk membawa beberapa barangan penting seperti:

  • Tudung
  • Skarf tudung
  • Baju inner
  • Stokin
  • Body shaper
  • Kasut tumit tinggi

Penting ya untuk bawa kesemua barangan ini bagi memastikan anda selesa sepanjang majlis berlangsung.

Tapi kenapa kena bawa semua barangan ini semasa fitting baju nikah? Ini kerana apa yang anda alami ketika mencuba pakaian di butik, ia adalah perasaan sama ketika majlis nikah nanti.

Kalau kita tak bawak semua tu masa fitting, nanti hari majlis kita akan rasa serba tak kena. Tudung tiba-tiba lain warna. Body shaper tak selesa, stoking licin tak kena dengan kasut, anak tudung tak selesa. Seumpama masa fitting, itulah kita di hari majlis.

Pengguna laman X (Twitter @ctjamil92).
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: X (Twitter Azyan Syazwani)

Tambahnya lagi, bakal pengantin juga perlu cuba untuk duduk dengan memakai pakaian nikah tersebut bagi mengelakkan berlakunya ketidakselesaan.

Kalau boleh, cuba juga untuk berjalan sekitar butik dan bertanya kepada pereka baju mengenai panjang veil menutup muka dan cara untuk membukanya.

Selagi boleh tanya, tanya je. Bukan apa, demi keselesaaan kita juga pada hari yang penting itu.

Tips juga, masa fitting ini jangan lupa cuba untuk duduk. Tanya designer macam mana nak duduk dengan selesa. Cuba berjalan, selesa atau pun tidak. Kalau pakai veil tutup muka. Cuba tanya macam mana nak buka, panjang mana nak letak. Semua tu perlu tahu sebelum majlis.

Pengguna laman X (Twitter @ctjamil92).

Selain itu, cuba juga untuk menyarungkan kasut dengan stoking yang akan dipakai untuk melihat kesesuaiannya dengan labuh kain.

Kalau baju atau kain terlalu labuh walaupun sudah pakai kasut tumit tinggi, masih ada masa lagi untuk memotong bahagian bawah pakaian tersebut.

Beberapa minggu sebelum majlis, pastikan semak segala pakaian yang akan disarungkan pada hari nikah nanti ya.


Tips Untuk Susun Majlis Nikah Dalam Tempoh Lima Jam Sahaja

Kepada pasangan yang bercadang untuk melakukan majlis akad nikah dengan jemputan tetamu yang minimum, berikut adalah tips untuk anda menyusun masa dengan baik dalam tempoh lima jam.

  • Dua jam pertama
    • tempoh dua jam pertama akan diperuntukkan untuk bakal pengantin berhias, berdandan dan sebagainya.
  • Dua jam seterusnya
    • Bermulanya majlis akad nikah melibatkan upacara menyarung cincin, mengambil gambar bersama ahli keluarga serta rakan terdekat.
  • Satu jam terakhir
    • Aktiviti untuk jam terakhir adalah sesi bergambar dengan jurugambar. Dalam tempoh satu jam ini memang cukup je kalau dah tahu lokasi untuk bergambar indoor atau outdoor.

Semoga tips- tips yang dikongsikan ini dapat membantu bakal pengantin di luar sana dan kami mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Amin.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Tips ‘Extra’ Untuk Persediaan Majlis Sanding Buat Bakal Pengantin. Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Netizen Kongsi Fungsi Sebenar ‘Bridesmaid’ Di Majlis Kahwin. Bukan Hanya Bergambar & ‘Tayang Muka’ Ya!

Baca Artikel Berkaitan: Jurugambar Ini Kongsi Tips Susun Masa Untuk Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh 5 Jam Je


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd