Now Reading
[Video] Tulang Kambing Pak Mat Western Tersekat Pada Jari Budak Hingga Bomba Datang Bantu

[Video] Tulang Kambing Pak Mat Western Tersekat Pada Jari Budak Hingga Bomba Datang Bantu

Pihak bomba dimaklumkan bahawa kanak-kanak berkenaan sedang memakan kambing Pak Mat Western sebelum perkara itu terjadi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pekerjaan sebagai seorang bomba amat dipandang oleh segenap masyarakat kerana keupayaan mereka membantu dalam pelbagai keadaan.

Bukan sahaja untuk memadam kebakaran, malah masalah kucing tidak boleh turun pokok atau cincin tersekat di jari, anggota bombalah yang selalu membantu.

Sesiapa yang biasa makan kambing bahagian ‘lamb chop’, pasti sedar ada tulang bulat yang menyerupai cincin.

Mesti ada yang biasa ‘sarungkan’ tulang itu seperti cincin kan? Jangan main-main ya lepas ini, takut tersekat di jari!


Tulang Kambing Pak Mat Western Tersekat Di Jari Kanak-kanak

Terbaharu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan telah berkongsi di akaun TikTok satu video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang tersekat tulang kambing di jarinya.

Menerusi video tersebut, pihak bomba dimaklumkan bahawa kanak-kanak berkenaan sedang menikmati hidangan kambing Pak Mat Western sebelum perkara itu terjadi.

Dapat dilihat tulang kambing itu tersekat di jari telunjuk tangan kanannya sehingga ia sudah kelihatan sedikit membiru.

Pihak bomba pada mulanya cuba untuk menanggalkan tulang tersebut, namun gagal.

Sumber gambar: @bombatelukintan/ TikTok

Kanak-Kanak Menangis Apabila Dengar Bunyi Mesin Pemotong

Kanak-kanak tersebut pada mulanya hanya diam dan tenang sahaja. Namun dia kemudiannya menangis apabila terdengar bunyi peralatan khas yang digunakan untuk memotong tulang berkenaan.

Pihak bomba walau bagaimanapun telah melapikkan batang aiskrim di bawah tulang kambing agar mesin memotong tersebut tidak terkena kulitnya.

Akhirnya, tulang itu berjaya dibelah dan dicabut daripada jari kanak-kanak terbabit. Sempat pula seorang bomba berseloroh, “Nanti claim kat Pak Mat Western”.

Pak Mat Western boleh la sponsor adik ni sebab adik ni suka makan daging perap Pak Mat.

BBP Teluk Intan.
@bombatelukintan

Selesai ✅ Pak Mat Western boleh la sponsor adik ni sebab adik ni suka makan daging perap Pak Mat 😆

♬ Cinta Setandan Pisang – Eda Ezrin & Den Manjo

‘Taubat Lepas Tengok Video Ini’ – Netizen

Di ruangan komen, seorang individu berkata dia juga gemar menyarungkan tulang kambing seperti cincin sebelum ini tetapi telah bertaubat setelah melihat perkara tersebut terjadi.

Beberapa individu lain pula berkata mereka hanya menggunakan sotong atau keropok sebagai ‘cincin’. Kalau tersekat di jari boleh terus gigit sahaja!

Di samping itu, ada juga yang berseloroh bahawa video tersebut merupakan sebahagian daripada pemasaran Pak Mat Western.

“Boleh jadi talent untuk video kesedaran Pak Mat Western,” komen seorang pengguna TikTok.

Seorang individu pula bergurau bahawa kanak-kanak tersebut akan trauma untuk makan kambing lagi selepas ini. Malah ada yang berharap agar dia tidak trauma memakai cincin apabila hendak kahwin nanti.


Tip Untuk Cabut Cincin Yang Tersekat Di Jari Menggunakan Benang

Jika cincin (atau tulang) tersekat di jari, jangan biarkan sahaja kerana ia boleh menjadi tornikuet yang berbahaya. Di sini kami kongsikan bagaimana anda boleh cuba mencabut cincin tersebut menggunakan benang.

  1. Lumurkan pelincir atau sabun pada cincin dan jari.
  2. Angkat tangan melebihi kepala sekitar lima hingga 10 minit dengan meletakkan ketulan ais di sekeliling jari.
  3. Gunakan benang atau flos gigi untuk menekan jari seperti berikut:

Masukkan benang ke bawah cincin. Balutkan benang dengan rapat pada bahagian jari di sebelah atas cincin hingga ke sendi jari.

Tarik benang di bahagian bawah cincin perlahan-lahan sehingga ia menyelusur di atas benang yang dibalutkan sebentar tadi.

Namun jika kaedah ini tidak berjaya, segera dapatkan bantuan dari kedai barang kemas, pihak bomba atau jabatan kecemasan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd