Now Reading
[Video] Dek Terlalu Minat, Ayah ‘Layan’ Bawa Anak Masuk Balai Bomba

[Video] Dek Terlalu Minat, Ayah ‘Layan’ Bawa Anak Masuk Balai Bomba

Ayah Adhwa Mikail telah membawa anaknya yang obses dengan bomba itu untuk melawat Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu, Melaka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ketika usia masih kecil, sudah tentu ramai di antara kita yang sudah memasang niat dan impian untuk menjadi seorang individu hebat apabila bergelar dewasa.

Ada yang bercita-cita mahu jadi anggota polis, juruterbang, jurutera, saintis, doktor, ahli bomba dan sebagainya.

Kadangkala setiap kerjaya yang diimpikan itu menjadi satu obsesi buat kanak-kanak yang masih membesar.


Kanak-kanak Bersama Ayah Lawat Balai Bomba & Penyelamat

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@najwanasuhaaa_) menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang meluangkan masa bersama ayahnya.

Namun lokasi mereka bukanlah di taman permainan atau taman tema, tetapi di Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu, Melaka.

Menerusi kapsyen tertera di hantaran, kanak-kanak dikenali sebagai Adhwa Mikail dikatakan sangat obses dengan unit bomba.

Menurut ibunya Najwa, Adhwa selalu meminta kebenaran untuk memasuki balai bomba tersebut setiap kali lalu di hadapannya.

Namun selepas beberapa kali hajatnya untuk melawat ke tempat itu akhirnya ditunaikan oleh ibu bapa.

Daripada klip video berkenaan, kanak-kanak berumur tiga tahun tersebut dilihat amat gembira dan mengukirkan senyuman apabila si ayah mengambil gambarnya di depan balai tersebut.

Sejurus selepas itu, mereka berdua diberi kebenaran bagi memasuki kawasan tersebut oleh kakitangan bomba dan dapat melihat trak bomba dengan lebih dekat.

Bukan itu sahaja, Adhwa juga berkesempatan untuk menyaksikan alatan keselamatan pihak bomba serta unit beruniform mereka yang lengkap.

“Terima kasih hiburkan Adhwa Mikail,” ujar Najwa.

https://www.tiktok.com/@najwanasuhaaa_/video/7309083050560802055?
Sumber: TikTok (@najwanasuhaaa_)

Orang Awam Boleh Minta Kebenaran Kakitangan Bomba Jika Ingin Lawat

Menerusi ruangan komen, seorang anggota bomba memberi penjelasan bahawa orang awam dibenarkan untuk memasuki balai.

Sekiranya mahu melawat, anda hanya perlu ke bilik kawalan dan menyampaikan hajat masing-masing. Jikalau pihak bomba tiada kes ketika itu, mereka akan membantu dan mengiringi anda.


Reaksi Netizen Lihat Anak Kecil Teruja Lawat Balai Bomba

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkata bahawa ayah kepada Adhwa juga dilihat sama teruja seperti anaknya.

“Macam ayah je yang excited tengok lori bomba tu,” kata seorang lelaki.

“Di belakang takbir, ayahnya yang obses dengan bomba,” tambah seorang netizen.

Ada juga yang siap mendoakan Adhwa agar dia berpeluang untuk menjadi salah seorang anggota bomba pada masa akan datang.

“Comel, semoga Adhwa dapat menjadi seorang anggota bomba satu hari nanti,” ujar seorang warganet.

Sumber: TikTok (@najwanasuhaaa_)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Tengah Jalan Di TTDI, Netizen Luah Rasa Terharu & Bangga

Baca Artikel Berkaitan: Anggota Bomba Guna Bahasa Isyarat Dengan Pengunjung Karnival Buat Ramai Kagum

Baca Artikel Berkaitan: “Pergilah Salon” – Netizen Tak Puas Hati Tindakan Ibu Panggil Bomba Keluarkan Sikat Dari Rambut


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd