Now Reading
Anggota Bomba Guna Bahasa Isyarat Dengan Pengunjung Karnival Buat Ramai Kagum

Anggota Bomba Guna Bahasa Isyarat Dengan Pengunjung Karnival Buat Ramai Kagum

Anggota bomba yang bertugas di Teluk Intan, Perak itu dilihat lancar berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan orang awam yang singgah ke booth karnival.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum bahawa anggota bomba di negara ini terkenal dengan sikap mereka yang mesra rakyat dan sentiasa menolong baik daripada perkara besar hinggalah ke masalah kecil.

Seperti terdahulu, pihak bomba telah menolong seorang kanak-kanak perempuan mengeluarkan sikat yang tersekat pada rambutnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Pergilah Salon” – Netizen Tak Puas Hati Tindakan Ibu Panggil Bomba Keluarkan Sikat Dari Rambut

Namun baru-baru ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai selepas dilihat menggunakan kaedah lain untuk berkomunikasi dengan masyarakat.


Bomba Guna Bahasa Isyarat Untuk Berkomunikasi Dengan Pengunjung

Tular di laman TikTok (@bombamalaysiaofficial), menunjukkan seorang anggota bomba dikenali sebagai Man telah berkomunikasi dengan pengunjung karnival menggunakan bahasa isyarat.

Anggota bomba yang bertugas di Teluk Intan, Perak itu dilihat tidak kaku dan lancar berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan orang awam yang hadir singgah ke booth karnival.

Seorang wanita yang turut menggunakan bahasa isyarat dilihat selesa berinteraksi dengan anggota bomba itu.

Untuk makluman semua, satu Karnival Keselamatan Kebakaran telah diadakan bersama orang awam pada 28 dan 29 Oktober lalu di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Acara itu turut disertai dengan kehadiran Pengarah JBPM Negeri Perak, Sayani Binti Haji Saidon.

Sumber: TikTok (@bombamalaysiaofficial)

Netizen Puji Anggota Bomba Yang Pandai Menggunakan Bahasa Isyarat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat telah memuji anggota bomba yang bekaca mata itu kerana mahir menggunakan bahasa isyarat.

Menurut seorang pengguna TikTok, kemahiran anggota bomba itu dalam berbahasa isyarat pasti membuatkan orang awam yang pekak dan bisu berasa seronok melihat video berkenaan.

“Tak ramai kakitangan awam boleh berbahasa dengan mereka (orang pekak dan bisu),” jelasnya.

Ada juga yang memberi pendapat mereka bahawa setiap penjawat awam dan semua jabatan kerajaan perlu mempunyai pekerja yang pandai menggunakan bahasa isyarat.

“Kena ada staf yang berkebolehan macam ini, senang orang kurang upaya nak berurusan,” ujar netizen itu.

Sumber: TikTok (@bombamalaysiaofficial)

Asas Pembelajaran Bahasa Isyarat

Pembelajaran bahasa isyarat adalah amat penting pada masa kini kerana ramai juga rakyat Malaysia yang terdiri daripada orang bisu dan pekak.

Buat mereka yang pertama kali mahu belajar bahasa isyarat di sini kami kongsikan visual jari tangan dari portal MyHealth sebagai indikator bagi setiap abjad. Belajar yang basic dulu okay?

Sumber: MyHealth

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Tengah Jalan Di TTDI, Netizen Luah Rasa Terharu & Bangga

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Comel Tersekat Dalam Lubang Air, Terpaksa Minta Tolong Abang Bomba


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd