Now Reading
Kucing Comel Tersekat Dalam Lubang Air, Terpaksa Minta Tolong Abang Bomba

Kucing Comel Tersekat Dalam Lubang Air, Terpaksa Minta Tolong Abang Bomba

Ketika kejadian, hanya dua kaki belakang dan ekor sahaja yang nampak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kucing ni kalau tak buat perangai mesti tak sah kan? Ada sahaja benda-benda pelik yang dibuatnya.

Pernah sebelum ini ada kucing yang sengaja lintas jalan lambat-lambat walaupun sudah nampak ada kereta yang nak lalu.

Ada juga yang nak ikut balik naik motorlah.

Memang selalu sangatlah terjumpa kucing-kucing pelik ni. Macam-macam perangai yang ada.

Nasib baiklah kucing ni comel tau. Tak adalah nak marah sangat.

Baru-baru ini, ada seorang pengguna Twitter @liyanalunia berkongsi satu kejadian yang menghiburkan hati melibatkan seekor kucing di sebuah rumah.

Perkongsian tweet tersebut telah berjaya meraih 4,644 retweets setakat artikel ini ditulis.

Menurut perkongsian pengguna Twitter itu, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah tidak pernghuni di Melaka.

Kejadian yang berlaku pada jam 12.45 tengah hari itu dilaporkan oleh seorang ejen perumahan yang mahu membersihkan rumah kosong itu.

Punyalah susah nak tarik keluar kucing itu sehingga ejen perumahan tersebut terpaksa buat panggilan kecemasan di balai bomba.

Apalah agaknya yang kucing tu fikir masa nak masuk dalam lubang tu. Pelik-pelik ya.

Pasukan bomba datang menyelamat

Pasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah segera datang untuk menyelamatkan kucing comel tersebut selepas menerima panggilan berkenaan.

Menurut laporan Harian Metro, operasi menyelamat sedikit sukar kerana keadaan salur air yang bengkok menyebabkan badan kucing itu tersangkut.

Ketika kejadian, hanya dua kaki belakang dan ekor sahaja yang nampak. Bahagian badan yang lain memang semua sudah termasuk dalam lubang.

Kredit: Twitter liyanalunia

Pasukan bomba mengambil masa kira-kira lima minit sebelum berjaya mengeluarkan kucing tersebut.

Kredit: Twitter liyanalunia

Kucing dan perangai pelik takkan berpisah

Di ruangan komen tweet mengenai kejadian kucing itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman kucing mereka berperangai pelik.

Lepas ni, tengok-tengoklah kucing anda di rumah ya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd