Now Reading
[Video] Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Tengah Jalan Di TTDI, Netizen Luah Rasa Terharu & Bangga

[Video] Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Tengah Jalan Di TTDI, Netizen Luah Rasa Terharu & Bangga

Lebih tujuh orang pegawai bomba hadir untuk membantu seorang wanita yang keretanya terhenti di tengah-tengah jalan di TTDI.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Trend ‘Abang Bomba’ yang sepertinya bermula sejak tahun lepas berlanjutan ke tahun ini, terutamanya ketika Sambutan Hari Kebangsaan. Netizen sangat gemar melihat hero abang-abang bomba ini bertugas.

Sama ada menyelamatkan orang daripada kebakaran, misi mencari dan menyelamat ketika tanah runtuh, mahupun menolong anak kucing yang terperangkap, apa sahaja yang mereka lakukan amat dihormati dan dihargai.

Seperti dilihat dalam satu video dikongsi oleh pengguna TikTok (@emirhaqim), mereka tidak teragak-agak untuk membantu seorang wanita yang keretanya terhenti di tengah-tengah jalan raya.

Video itu yang memaparkan pasukan bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail telah menerima lebih 257 ribu tontonan dan 11.2 ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Sumber gambar: TikTok @emirhaqim

Menurut Emir, dia menyasikan kejadian menyentuh hati itu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja semalam (6 September).

Dapat dilihat di dalam video itu, kereta kepunyaan seorang wanita terhenti di tengah-tengah jalan berhampiran satu lampu isyarat. Keretanya tidak boleh dihidupkan dan dia perlu keluar untuk mendapatkan pertolongan. Lebih memburukkan keadaan, hujan telah mula turun ketika itu.

Namun begitu, agak bernasib baik kerana kereta tersebut terhenti betul-betul berhadapan dengan Balai Bomba Dan Penyelamat TTDI.

Tidak lama kemudian, bukan seorang, tetapi sekurang-kurangnya tujuh pegawai bomba segera membantu pemandu berkenaan.

Sumber gambar: TikTok @emirhaqim

Apabila lampu isyarat bertukar hijau, lima orang bomba menolak kereta itu ke seberang jalan sementara seorang lagi mengawal lalu lintas kenderaan. Pemilik kereta itu hanya mengikuti abang-abang bomba tadi sementara mereka menolak keretanya.

Video itu sangat menyentuh hati kan? Tanpa kita sedari, ia membuatkan kita tersenyum ketika menontonnya.

@emrhqm

Saw this on my way to work 🫶🏻❤️

♬ Gemuruh (Live) – Faizal Tahir

Netizen Puji Usaha Abang-abang Bomba

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen yang melihat video itu berasa bangga dan berterima kasih kepada kesemua pegawai bomba terbabit kerana membantu wanita itu.

Seorang netizen berkata abang-abang bomba berkenaan datang dengan lagak seperti hero!

Ada juga individu yang memuji pihak bomba kerana mereka sentiasa bersedia untuk apa jua situasi.

Melihat hero-hero yang selalu melalui situasi antara hidup dan mati menggunakan kecekapan mereka untuk membantu seorang wanita di jalan raya membuatkan orang ramai berasa terharu.

Terima kasih, abang bomba!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ular Tedung Berada Di Bawah Badan Budak 4 Tahun Berjaya Ditangkap Pihak Bomba

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Siap Angkut Balang Air! Anggota Bomba Tabah Terpaksa Berbuka Dalam Jentera Demi Tugasan Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak 8 Tahun Jadi Mangsa Dera Di Ampang Diselamatkan Oleh Bomba

Sumber: TikTok @emirhaqim


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd