Now Reading
Pesawat Ringan Terhempas Di Klang, Bomba Giat Cari Mangsa

Pesawat Ringan Terhempas Di Klang, Bomba Giat Cari Mangsa

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan insiden terbabit dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebuah pesawat ringan dilaporkan terhempas di sekitar kawasan kebun kelapa sawit di Klang pada Selasa (13 Feb).

Menerusi foto dan video yang tular di media sosial, insiden dipercayai berlaku di Kampung Tok Muda, Kapar sekitar jam 1.30 tengah hari.

Memetik Bernama, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan insiden terbabit dan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. 

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar pula, pihaknya telah menghantar anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar sebaik menerima panggilan pada 1.56 petang.

Ketika ini anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja mencari mangsa yang terlibat.

Menerusi foto yang dikongsikan bomba, keadaan pesawat itu dilihat berkecai dipercayai kerana impak kemalangan itu.

Sebelum ini tular dakwaan yang mengatakan sebuah helikopter terhempas di kawasan berkenaan. Namun carian mendapati ia berkemungkinan sebuah pesawat ringan yang masih belum dikenal pasti.

Berdasarkan foto yang tular pula, terdapat perkataan ‘Gabriel Aviation Safety Technology’ pada serpihan pesawat tersebut.

[Artikel lanjut menyusul]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd