Now Reading
[Video] Bomba Dapat ‘Call’ Ketika Hampir Waktu Berbuka Puasa, Siap Ada Yang Bawa Jug Air Sekali!

[Video] Bomba Dapat ‘Call’ Ketika Hampir Waktu Berbuka Puasa, Siap Ada Yang Bawa Jug Air Sekali!

Walaupun keadaan trak bomba itu agak bergoyang kerana sedang bergerak, tetapi anggota petugas berkenaan cuba untuk memegang jug air tersebut dengan penuh berhati-hati agar tidak tertumpah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Petugas barisan hadapan adalah seseorang yang paling berjasa kerana negara kerana mereka perlu bersiap sedia untuk berkhidmat selama 24 jam.

Tidak kiralah apa sahaja yang mereka lakukan ketika mendapat sebarang laporan kecemasan, mereka perlu segera bergegas ke lokasi kejadian.

Sebagai info, petugas barisan hadapan adalah mereka yang terlibat dalam beberapa sektor seperti:

  • Sektor kesihatan
  • Agensi pertahanan
  • Anggota keselamatan
  • Perkhidmatan penting

Anggota Bomba Bawa Jug Air Untuk Berbuka Puasa Ketika Menuju Ke Lokasi Kejadian

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana sekumpulan petugas anggota bomba dan penyelamat terpaksa bergegas ke lokasi kejadian menaiki trak bomba selepas menerima laporan.

Difahamkan, laporan tersebut diterima ketika hampir pada waktu untuk berbuka puasa.

Di dalam kekalutan untuk berbuka puasa dan juga menjalankan tugas, seorang anggota bomba yang turut berada di dalam trak berkenaan dilihat memegang satu jug air yang dipenuhi dengan ais.

Walaupun keadaan trak agak bergoyang kerana sedang bergerak, tetapi anggota bomba berkenaan cuba untuk memegang jug tersebut dengan penuh berhati-hati agar tidak tertumpah.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok itu (@wawan0405) telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@wawan0405/video/7347656969597013256

Netizen Terhibur Lihat Gelagat Anggota Bomba Bawa Jug Air Untuk Berbuka

Di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat anggota bomba berkenaan yang membawa satu jug air yang dipenuhi dengan ais difahamkan untuk diminum semasa berbuka puasa.

Malah ada juga netizen yang mempersoalkan mengapa jug tersebut tiada penutup kerana bimbang ia akan tertumpah jika trak bomba tersebut terlanggar jalan berlubang.

“Jug tak ada penutup ke? Kalau terlanggar lubang terpercik air dalam mulut mana mana?”, tanya netizen.

Selain itu, ada juga netizen yang memerhatikan reaksi anggota bomba yang sedang memegang jug berkenaan.

“Abang pegang jug monyok betul macam kena paksa pegang,” kata netizen.

Pada masa yang sama, netizen juga berterima kasih kepada mereka kerana tetap menjalankan tugas meskipun sudah hampir dengan waktu untuk berbuka puasa.

“Terima kasih abang-abang bomba. Ni mesti nak dekat berbuka tiba-tiba ada call. Nak tak nak kena respon,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Bagi para petugas barisan hadapan sekalian, terima kasih atas kerana sentiasa mendahulukan tugas untuk berkhidmat kepada masyarakat meskipun terpaksa menangguhkan tugas yang lain.

Semoga kebaikan anda semua akan dibalas dengan kebaikan juga.

Baca Artikel Berkaitan: Anggota Bomba Guna Bahasa Isyarat Dengan Pengunjung Karnival Buat Ramai Kagum

Baca Artikel Berkaitan: Budak Lelaki Tindih Ular Tedung Berjaya Diselamatkan Oleh Bomba [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bomba Bantu Wanita Tolak Kereta ‘Mati’ Tengah Jalan Di TTDI, Netizen Luah Rasa Terharu & Bangga


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd